TOMMY HILFIGER RAIKAN TAHUN KUDA 2026 BERSAMA JISOO
Tahun ini, Tommy Hilfiger raikan Tahun Kuda bersama duta jenama, Jisoo dalam koleksi Lunar New Year yang penuh tenaga dan elegan.
Tommy Hilfiger menyambut Tahun Baru Cina 2026 dengan penuh gaya. Semuanya menerusi pelancaran koleksi kapsul Lunar New Year yang menampilkan JISOO sebagai wajah utama kempen. Sebagai Duta Jenama Global, penyanyi, pelakon dan ikon budaya ini kembali bergandingan bersama jenama ikonik Amerika itu. Bagi meraikan Tahun Kuda — simbol tenaga, kebebasan, kekuatan dan kejayaan.

Dengan kebersamaan sebagai nadi tradisi, kempen ini menekankan nilai hubungan, perayaan dan keindahan momen yang dikongsi. JISOO menghidupkan semangat ini melalui interpretasi gaya yang sofistikated. Mereka menggabungkan siluet prep klasik dengan sentuhan moden yang segar — satu cerminan gaya abadi yang menjadi DNA Tommy Hilfiger.
Koleksi Lunar New Year 2026 ini menampilkan barisan siluet utama. Sebagai contoh, baju polo yang diberi nafas baharu dan crewneck yang ringkas namun versatil. Serta, chinos berpotongan kemas yang sesuai untuk pelbagai gaya perayaan. Palet warna merah yang berani dan biru yang bold menyerlahkan aura optimis musim perayaan, sambil mengekalkan estetika timeless yang diperkaya dengan sensasi kontemporari.
Aura JISOO Terhadap Koleksi Tommy Hilfiger
JISOO membawa koleksi ini ke tahap lebih tinggi dengan gaya yang seimbang antara playful dan elegan. Dalam satu penampilan, beliau menggayakan jaket varsity kulit hitam bersama mini dress twill dan but paras lutut. Dia memancarkan keyakinan dan karakter yang kuat. Dalam gaya yang lebih refined, JISOO tampil dengan jaket quilted warna ivory berbutang emas. Ia kemudian dipadankan dengan polo rajut berjalur merah putih dan skirt mini hitam berlipat bersama loafers klasik. Ini merupakan satu interpretasi moden gaya prep yang yakin dan sofistikated.

Menariknya, selain koleksi global Tahun Kuda, Tommy Hilfiger turut memperkenalkan kapsul eksklusif Lunar New Year 2026 khas untuk pasaran APAC. Koleksi ini menampilkan logo tali (rope logo) yang diinspirasikan daripada arkib jenama dan warisan nautika Tommy Hilfiger, membaluti simbol tapal kuda sebagai pertemuan indah antara tradisi Timur dan Barat. Barisan ini merangkumi helaian penting seperti T-shirt kemas, sweater lembut dan cardigan cozy yang mudah digayakan secara formal atau kasual — sesuai untuk gaya seharian mahupun perayaan.
Koleksi Lunar New Year 2026 oleh Tommy Hilfiger akan tersedia di tommy.com, butik TOMMY HILFIGER serta rakan niaga terpilih sepanjang musim. Peminat dan pengikut jenama turut dijemput untuk menyertai perbualan di media sosial melalui #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger, sambil meraikan Tahun Kuda dengan gaya, keyakinan dan semangat baharu. 🐎✨
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.
TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH
Kembali untuk kempen ketiga, bintang hiburan Thailand membawa pengaruh global dan semangat perayaan ke dalam kempen 'A Hilfiger Holiday'.
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. "Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang."
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.











