Skip to content

LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR

LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR

Kongsikan artikel ini

Sempena sambutan Lunar New Year, Levi’s® mempersembahkan koleksi khas Year of the Horse yang meraikan semangat kebebasan.

Semangat kebebasan, tenaga dan pergerakan ke hadapan merupakan simbol utama kuda dalam budaya Cina. Koleksi dari Levi’s® ini bukan sekadar penghormatan kepada tradisi. Tetapi, refleksi kepada DNA mereka yang berakar pada kekuatan, ketahanan dan kualiti sejak 1886. Menggabungkan warisan jenama dengan sentuhan moden dan elemen perayaan, Levi’s® Year of the Horse Collection tampil sebagai simbol permulaan baharu yang penuh optimisme.

Levi’s® Lunar New Year

Dalam budaya Cina, kuda melambangkan kekuatan dan ketabahan — nilai yang sejajar dengan identiti Levi’s®. Ikon Two-Horse patch yang terkenal, menggambarkan dua ekor kuda menarik denim ke arah bertentangan tanpa koyak, diberi nafas baharu musim ini. Ia membawa makna A Perfect Pair. Dua kuasa yang lebih kuat bersama — melambangkan semangat kerjasama, keseimbangan dan harapan untuk tahun yang mendatang. Versi terkini patch ini hadir dalam warna merah yang striking. Ia selari dengan Red Tab ikonik Levi’s®, manakala simbol tapak kuda emas disertakan sebagai lambang tuah dalam setiap rekaan.

Koleksi ini turut menampilkan perincian yang kaya dengan simbolisme dan estetika. Jaket reversible menawarkan dua gaya dalam satu. Manakala bahagian dalaman bermotif paisley memberi penghormatan kepada akar Americana Levi’s®. Ia mencipta pertembungan indah antara simbol Timur dan warisan Barat. Setiap helaian direka dengan teliti, mengimbangi tradisi dan modeniti, serta meraikan individualiti dalam suasana perayaan yang hangat dan bermakna.

Barisan Koleksi Penuh Makna Lunar New Year

Untuk lelaki, fokus utama koleksi ini terletak pada Reversible Jacket dan Woven Shirt yang menggabungkan fungsi, keselesaan dan perincian halus. Unlined Relax Type III Trucker pula mentafsir semula siluet denim klasik Levi’s® dalam potongan yang lebih santai dan kontemporari. Item seperti Batwing Tee sesuai untuk gaya berlapis. Ia bakal menambah sentuhan kasual yang sofistikated untuk musim perayaan. Pilihan denim seperti 578™ Baggy Jean dan 568™ Loose Straight menawarkan siluet longgar yang seimbang antara keselesaan dan karakter — sesuai untuk pelbagai acara sepanjang musim.

Levi’s® Lunar New Year

Bagi wanita, koleksi ini menampilkan Year of the Horse Capsule Trucker. Woven shirt dan Tee yang bermain dengan proporsi serta gaya berlapis secara effortless. Loose Boot Jean dan A-Line Skirt pula menggabungkan struktur dan kelembutan. Ia mencipta penampilan feminin yang kemas tetapi santai, berakar pada estetika warisan Levi’s®. Setiap rekaan menekankan kualiti pembinaan dan tekstur fabrik, mencerminkan keseimbangan antara keyakinan dan keselesaan — ideal untuk meraikan musim perayaan dengan gaya tersendiri.

Levi’s® Lunar New Year

Kempen koleksi ini diinspirasikan daripada seni tradisional Chinese shadow puppetry. Sebuah bentuk penceritaan puitis yang bermain dengan cahaya, pergerakan dan imaginasi. Melalui lensa seni ini, konsep A Perfect Pair dihidupkan sebagai naratif tentang kreativiti, hubungan dan permulaan baharu. Ia bukan sekadar kempen visual, tetapi satu kisah tentang bagaimana dua elemen — tradisi dan moden, Timur dan Barat, kekuatan dan kehalusan — bersatu untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna.

Levi’s® Year of the Horse Collection bukan hanya koleksi fesyen, tetapi satu perayaan identiti, warisan dan harapan. Ia meraikan kekuatan dalam kebersamaan, keindahan dalam perbezaan, dan semangat untuk terus mara ke hadapan — seiring dengan makna sebenar Tahun Kuda.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Bacaan Lanjut
sky iskandar glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut

MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA

Bacaan Lanjut
toy story

LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA

Bacaan Lanjut
denim on denim

DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR

Bacaan Lanjut