BOULDERING: SUKAN EXTREME HYPE BAHARU SELEPAS HIKING, RUNNING DAN PICKLEBALL
Dunia sukan rekreasi dan kecergasan telah menyaksikan peralihan minat daripada aktiviti luar biasa seperti hiking, running dan pickleball kepada satu bentuk sukan yang lebih dinamik dan mencabar: bouldering.
Bouldering kini mencuri perhatian ramai sebagai sukan ekstrem moden yang berlangsung di pusat gim memanjat serta ruang khas dengan walls yang direka untuk semua peringkat.
Mengapa Bouldering Semakin Popular?
Populariti sukan ini melonjak selepas sukan mendaki termasuk bouldering diperkenalkan ke pentas Sukan Olimpik Tokyo. Dalam masa yang sama, bilangan gim memanjat yang memberi fokus khusus kepada bouldering meningkat pesat di bandar-bandar utama.
Selain itu, aktiviti ini menawarkan kemudahan akses yang lebih tinggi: untuk bermula, seorang pendaki hanya memerlukan kasut khas dan kapur tangan. Kemudahan ini mewujudkan suasana yang hangat dan menyokong, menjadikan bouldering sebagai pusat komuniti aktif dan sosial di antara penggemar sukan.
Bouldering & Rock Climbing Spots Sekkitar KL & Selangor
Antara lokasi tumpuan termasuk Camp5 Climbing Gym, Beast Park di Sungei Wang, BUMP Bouldering, Bolder Ventures Subang Jaya, MadMonkeyz Climbing Gym, Putrajaya Challenge Park, Rocky BaseCamp Shah Alam. Ruangan ini bukan sekadar tempat bersenam, tetapi menjadi pusat sosial di mana pendaki berkongsi teknik, motivasi dan menyokong satu sama lain.
Kehadiran komuniti yang inklusif ini menjadikan bouldering bukan sekadar sukan ekstrem. Bouldering kini merupakan gaya hidup urban yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi aktif hari ini.
Fenomena sukan yang meroket ini mencerminkan perubahan dalam cara masyarakat moden mencari cabaran fizikal baharu. Dari sekadar berjalan kaki di hutan (hiking), berlari di taman, hinggalah bermain pickleball secara santai. Kini ramai yang beralih kepada sukan yang memberi kombinasi aspek kecergasan, minda, sosial dan kompetitif dalam satu pakej yang menarik. Bouldering mungkin bukan lagi sekadar trend sementara, tetapi satu bentuk gaya hidup aktif yang semakin diminati oleh generasi yang mencari pengalaman sukan lebih mencabar .
Camp5 Climbing Gym
Beast Park, Sungei Wang
BUMP Bouldering, Jaya One
Bolder Ventures, Subang Jaya
MadMonkeyz Climbing Gym
Putrajaya Challenge Park
Rocky BaseCamp, Shah Alam
Artikel Berkaitan: BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





