8 FAKTA MENARIK TENTANG BIDUANITA NEGARA DATO’ SERI SITI NURHALIZA
Ketahui 8 fakta menarik tentang Dato’ Seri Siti Nurhaliza dari permulaan kerjaya, pencapaian antarabangsa, gelaran Biduanita Negara, hingga kejayaan perniagaan SimplySiti.
#1 Permulaan Kerjaya Pada Usia Muda
Dato’ Seri Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya dalam dunia muzik pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI pada tahun 1995, membuka laluan untuk album sulungnya yang mengangkat namanya dalam industri muzik.
#2 Gelaran “Biduanita Negara” Disandang Pada 2024
Pada 13 November 2024, Dato’ Siti dianugerahkan gelaran Biduanita Negara, menjadikannya artis wanita ketiga dalam sejarah menerima penghormatan berprestij ini selepas tokoh legenda seperti Saloma dan Datuk Sharifah Aini.
#3 Salah Seorang Artis Paling Berpengaruh di Asia Tenggara
Siti sering digelar sebagai “Voice of Asia” kerana kemampuan vokal dan pengaruhnya dalam dunia muzik Melayu. Dia juga diiktiraf sebagai Southeast Asian Music Legend, menghormati sumbangannya secara berterusan dalam industri muzik serantau.
#4 Pernah Menakluk Pentas Antarabangsa
Pada tahun 2005, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi Asia Tenggara pertamamengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London, diiringi oleh London Symphony Orchestra. Satu pencapaian yang mengangkat nama Malaysia di pentas muzik dunia.
Sebelum itu turut membuat persembahan di Majlis Penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap bakatnya sejak awal kerjaya. Di peringkat industri hiburan Asia, Siti juga meraih pelbagai MTV Asia Awards dan pernah diiktiraf oleh Channel V sebagai antara artis terbesar Asia.
#5 Lebih 300 Anugerah Tempatan & Antarabangsa
Sepanjang lebih tiga dekad kerjaya, Siti telah menerima lebih daripada 300 anugerah muzik tempatan dan antarabangsa. Termasuk pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai artis paling banyak menerima trofi.
#6 “Jerat Percintaan” Lagu Ikonik Yang Mengangkat Nama Siti
Album sulungnya Siti Nurhaliza (1996) yang menampilkan single hit Jerat Percintaan mencatat jualan besar dan melonjakkan nama Dato’ Siti sebagai penyanyi popular. Single sulung Siti Nurhaliza, “Jerat Percintaan” daripada album Siti Nurhaliza (1996), menjadi titik perubahan penting dalam kerjayanya. Lagu balada ini bukan sahaja memperkenalkan kekuatan vokalnya kepada seluruh Malaysia, malah mencipta sejarah apabila memenangi Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997.
Lagu ini turut meraih kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu 1996, apabila dinobatkan sebagai Juara Lagu, selain memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Juara Lagu Balada. Dalam pertandingan tersebut, Siti bersaing dengan nama besar seperti Ziana Zain dan Fauziah Latiff.
#7 Usahawan Berjaya dengan SimplySiti
Selain muzik, Siti juga membina empayar perniagaan melalui produk kecantikan SimplySiti. Jenama kosmetik halal yang dilancarkan pada 2010 dan menerima pengiktirafan sebagai salah satu produk Halal terbaik di Malaysia.
#8 Filantropi & Capaian Global
Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali melalui muzik, tetapi juga melalui sumbangan kemanusiaan dan pengiktirafan antarabangsa. Pengiktirafan ini jarang dimiliki oleh artis Asia Tenggara. Melalui Yayasan Nurjiwa, dia telah menubuhkan sebuah sekolah di Gaza, Palestin sebagai inisiatif pendidikan dan kebajikan. Mencerminkan komitmennya terhadap kerja-kerja filantropi merentas sempadan.
Artikel Berkaitan:
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.
LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT
A2o Entertainment yang bernaung di bawah nama Lee Soo-man bawa semula genre K-Pop yang dirindui ramai dengan 3 kumpulan mereka.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki kembali dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.
DIOR BOLT SIMBOL KEANGGUNAN MODEN DALAM KOLEKSI BEG WINTER 2026-2027
Mendefinisikan semula gaya aksesori kontemporari, Dior memperkenalkan koleksi Dior Bolt bagi musim Winter 2026-2027 oleh Jonathan Anderson.












