CALVIN KLEIN DEDAH LOGO BARU
Calvin Klein, jenama pakaian gergasi antarabangsa baru-baru ini melakukan satu lagi proses penjenamaan semula, dan kini logo ikonik baru tersebut telah diperbaharui. Proses penjenamaan ini dilakukan selepas pengumuman perkhidmatan baru jenama tersebut untuk busana kustom yang digelar “By Appointment”.
https://www.instagram.com/p/BQDVHD6lDFk/?taken-by=calvinklein
Logo baru ini telah didedahkan kepada awam melalui laman instagram Calvin Klein dan khabarnya, penukaran logo ini adalah hasil idea oleh pengarah kreatif baru Calvin Klein, iaitu Raf Simons. Logo baru ini bakal menyuntik nafas baru dalam mengekalkan semangat originaliti jenama ini.
Bagi peminat jenama ini, nampak gayanya anda akan mula melihat logo terbaru ini digunakan untuk bahagian pinggang seluar dalam anda tidak lama lagi.
https://www.instagram.com/p/BQDVFNwFyqX/?taken-by=calvinklein
Untuk ciptaan logo ini, Raf berkoleberasi bersama pereka grafik Peter Saville untuk menghasilkan logo terbaru Calvin Klein ini. Seperti yang anda dapat saksikan, antara perubahan terbesar yang dilakukan oleh mereka berdua adalah perkataan Calvin Klein kini semuanya menggunakan huruf besar tetapi masih lagi mengekalkan font sans-serif. Not bad at all!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











