RONALDO ATLET PALING KAYA
Wow, seperti yang dijangka! Bintang bola sepak dan penyerang bagi pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo meraih pendapatan paling lumayan pada 2016, menurut Forbes Sports Money Index. Laporan tersebut juga turut menyaksikan peningkatan Christiano dari segi kewangan juga meningkat, yang menyaksikan beliau meraih pendapatan sebanyak AS$88 juta dolar (RM389 juta) dengan AS$56 juta dolar (RM247 juta) yang datangnya daripada bayaran gaji dan hadiah kemenangan, sementara AS$32 juta dolar (RM141 juta) adalah daripada penaja yang menajanya sepanjang musim 2016.
Di tempat kedua pula menyaksikan rival Christiano Ronaldo, siapa lagi tidak lain dan tidak bukan Lionel Messi, yang berada di tempat kedua untuk anugerah Ballon d’Or, dan turut mengekori dari segi pendapatan apabila pemain Argentina itu muncul sebagai bintang sukan yang memperoleh bayaran sebanyak AS$81.4 juta dolar (RM360 juta).
Senarai ini menyaksikan dua tempat teratas atlet paling kaya diungguli oleh dua bintang bola sepak dunia ternama, meninggalkan bintang bola keranjang Cleveland Caveliers NBA, Lebron James di tempat ketiga (RM341 juta), diikuti juara Terbuka Australia, Roger Federer (RM300 juta) dan pemain bola keranjang Golden State Warriors, Kevin Durant (RM249 juta).
Berikut adalah senarai 20 atlet terkaya sepanjang musim 2016 berdasarkan laporan Forbes Sports Money Index:
1) Cristiano Ronaldo, sepakbola, £70.5m
2) Lionel Messi, sepakbola, £65.2m
3) LeBron James, basket, £61.8m
4) Roger Federer, tenis, £54.3m
5) Kevin Durant, basket, £45m
6) Novak Djokovic, tenis, £44.7m
7) Cam Newton, NFL, £42.5m
8) Phil Mickelson, golf, £42.4m
9) Jordan Spieth, golf, £42.3m
10) Kobe Bryant, basket, £40m
11) Lewis Hamilton, Formula One, £36.8m
12) Tiger Woods, golf, £36.3m
13) Eli Manning, NFL, £36m
14) Joe Flacco, NFL, £35.6m
15) Tom Brady, NFL, £35.3m
16) Floyd Mayweather, tinju, £35.2m
17) Rory McIlroy, golf, £34.1m
18) Russell Wilson, NFL, £33.5m
19) Sebastian Vettel, Formula One, £32.8m
20) Philip Rivers, NFL, £30.4m
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.















