POLO RED EXTREME X LUKE BRACEY
Polo dari Ralph Lauren ternyata antara jenama unggul yang menerajui wangian khas buat lelaki sejak dari dahulu lagi. Walaupun wangian ini sinonim dengan pemain polo, Nacho Figueras tetapi kini dilihat jenama ini sudah menuju ke arah yang baru.
Jenama ikonik Amerika ini telah mengabadikan wajah pelakon aksi kacak, Luke Bracey sebagai peneraju kempen eksklusif ini. Membawakan nafas serta tenaga lelaki sejati dalam kempen ini, wajah pelakon yang berasal dari Austaralia ini ditangkap oleh jurugambar ternama Bruce Weber. Memakai jean denim, kemeja merah serta jaket kulit, Bracey dilihat kacak dan unggul dalam melengkapkan kempen ini dengan aura kelakian unggul yang sebenar. Ternyata wangian ini sesuai buat semua lelaki yang mengemari aktiviti serta sukan lasak dan ekstrem.
Luke Bracey sebelum ini popular dengan filem-filem aksi seperti Point Break dan yang terbaru, Hacksaw Ridge. Layari pautan di bawah untuk melihat video eksklusif kempen wangian Polo Red ini yang menyaksikan Luke dirakam bersama dengan elemennya, iaitu aktiviti lasak menaiki motorcross. Not bad at all!
https://www.youtube.com/watch?v=G6eXSByuVEA
Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.















