Skip to content

LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU

Kongsikan artikel ini

LVMH Watch Week 2026 yang berlangsung di Milan membuka tirai awal tahun ini dengan pameran horologi mewah daripada jenama-jenama terkemuka di bawah konglomerat LVMH. Acara tahunan ini sekali lagi menjadi platform penting untuk memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer yang menarik perhatian ramai pencinta jam tangan.

TAG Heuer Carrera Glassbox Chronograph

Pada acara ini, TAG Heuer memperluaskan garis ikonik Carrera dengan beberapa model baharu yang menonjolkan gabungan warisan dan teknologi moden. Antaranya ialah Carrera Chronograph 41mm yang memperkenalkan saiz baharu serta estetika glassbox kontemporari. Ketiga-tiga pilihan warna dial yakni hitam berlatar merah, teal hijau dan biru. Memberi identiti berbeza namun tetap menghormati DNA reka bentuk Carrera klasik. Jam tangan ini dikuasakan oleh pergerakan mekanikal dalaman TH20-01 dengan rizab kuasa lebih 80 jam.

TAG Heuer Carrera Split Seconds Chronograph

Selain itu, acara ini menyaksikan kemunculan model Carrera Split-Seconds Chronograph, iaitu jam tangan pertama dalam koleksi Carrera. Yang menampilkan fungsi rattrapante atau split-seconds. Dipasang dalam kes titanium 42mm yang ringan tetapi kukuh, jam ini menonjolkan kerumitan mekanikal tinggi. Dan disiapkan bersama pergerakan TH81-01, hasil kolaborasi TAG Heuer dengan Vaucher Manufacture Fleurier. Satu pencapaian penting dalam lapangan arloji haute (haute horlogerie).

Calibre TH81-01, satu pergerakan luar biasa yang mencerminkan tahap savoir-faire tertinggi dalam pembuatan jam tangan Swiss.

Meneruskan kolaborasi penting bersama Vaucher Manufacture Fleurier, Calibre TH81-01 merupakan evolusi kepada pergerakan TH81-00 yang sebelum ini menggerakkan TAG Heuer Monaco Split-Seconds Chronograph. Pergerakan baharu ini beroperasi pada frekuensi tinggi 5Hz, memastikan ketepatan masa yang optimum, serta menawarkan rizab kuasa sehingga 65 jam bagi autonomi penggunaan yang cemerlang.

Dibina menggunakan titanium gred 5, Calibre TH81-01 bukan sahaja ringan dan tahan lasak, malah menempatkan komplikasi kronograf dalam bentuknya yang paling unggul. Terdiri daripada lebih 350 komponen, setiap elemen Calibre TH81-01 disiapkan sepenuhnya secara manual. Lebih daripada 10 teknik kemasan berbeza digunakan, termasuk black polishing pada skru. Serta hand-beveling pada jambatan pergerakan, menghasilkan kemasan yang memukau dari setiap sudut. Kehalusan ini dimahkotai dengan teknik kemasan ikonik TAG Heuer, corak bendera kotak-kotak yang diukir satu demi satu secara manual. Tanda pengenalan kepada pergerakan terunggul jenama ini.

Identiti pergerakan ini diperkukuhkan lagi melalui oscillating weight yang dibentuk menyerupai perisai TAG Heuer. Disiapkan dengan kemasan berus halus dan dihiasi lukisan gradasi miniatur di bahagian pinggir, komponen ini menzahirkan dedikasi luar biasa terhadap seni pertukangan tangan.

TAG Heuer Carrera Seafarer Chronograph

Tidak ketinggalan ialah Carrera Seafarer, model yang memberi penghormatan kepada warisan nautikal jenama ini. Dengan petunjuk pasang surut dan dial champagne yang elegan, Seafarer menggabungkan estetika klasik dengan fungsi praktikal untuk penggemar aktiviti laut. Pergerakan TH20-04 menyokong fungsi khusus ini serta memberi rizab kuasa yang mantap.

Casing berukuran 42mm dibina daripada keluli dengan gabungan kemasan berus halus dan digilap, menghasilkan kontras visual yang elegan. Reka bentuk ini dipadankan secara harmoni dengan dial opaline champagne yang sofistikated, memberikan sentuhan klasik yang menyerlah. Di bahagian belakang, kristal nilam lutsinar mendedahkan keindahan mekanikal dalaman, dihiasi ukiran ikonik ‘Victory Wreath’.

Melalui kristal belakang ini, pemakai dapat menyaksikan pergerakan dalaman Calibre TH20-04 buatan sendiri TAG Heuer, yang menampilkan fungsi penunjuk pasang surut. Dilengkapi dengan sistem vertical clutch dan column wheel, pergerakan ini memastikan operasi butang kronograf yang lancar serta prestasi yang konsisten dan tepat.

Dengan rizab kuasa sehingga 80 jam, TAG Heuer Carrera Chronograph Seafarer menawarkan lebih tiga hari autonomi apabila tidak dipakai. Sistem penggulungan automatik dikendalikan oleh rotor berbentuk perisai TAG Heuer, memperkukuh identiti visual dan mekanikal jam tangan ini.

Selain fungsi penunjuk pasang surut, jam ini turut berfungsi sepenuhnya sebagai kronograf harian. Untuk meningkatkan keupayaan sebagai jam alat (tool watch), ia dipadankan dengan gelang keluli tujuh baris TAG Heuer. interpretasi moden kepada rekaan warisan ‘beads of rice’. Yang menggabungkan keselesaan, karakter dan estetika luar biasa.

Artikel berkaitan: MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK

Bacaan Lanjut

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI

Bacaan Lanjut

VACHERON CONSTANTIN OVERSEAS: LEGASI HAUTE HORLOGERIE

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!

Bacaan Lanjut