JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
Butik baharu BONIA di Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan minggu lalu. Jenama tersebut menyambut kehadiran pelakon dan model terkenal dari Thailand, Joong Archen. Dia hadir sempena sebuah acara pelancaran yang penuh bergaya dan bermakna. Kehadirannya berjaya menarik perhatian peminat, sekali gus menghidupkan ruang tersebut dengan suasana penuh keterujaan.

Dikenali dengan karisma semula jadi serta cita rasa fesyen yang sofistikated, Joong Archen mencerminkan semangat maskuliniti moden yang selari dengan falsafah rekaan BONIA. Keyakinan hadir secara effortless, gaya bersifat intuitif, dan seni pertukangan kekal menjadi teras utama. Lawatan Joong ke concept store ini menandakan detik penting dalam fasa baharu perjalanan runcit BONIA. Dia turut meluangkan masa menjelajah ruang, berinteraksi mesra bersama tetamu, serta menyelami naratif rekaan di sebalik konsep kedai tersebut.

Acara pelancaran ini disambut dengan kehadiran ramai tetamu dan wakil media. Ia menjadikan ruang ini dipenuhi gelak tawa, perbualan dan rasa ingin tahu. Para pengunjung berpeluang menikmati pengalaman interaktif yang ditawarkan. Selain itu, mereka juga boleh berkongsi detik istimewa sepanjang acara berlangsung, sekali gus mencerminkan keterujaan terhadap pencapaian terbaharu BONIA.
Apa Yang Boleh Dijangkakan
Pengunjung BONIA Pavilion KL boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik yang direka khas untuk meraikan kreativiti, hubungan dan keseronokan:
Find the JONO
Tarikan utama Muse’s Pick menampilkan instalasi kraf kertas berlapis 3D.Beg JONO tersembunyi menanti untuk ditemui. Kira jumlahnya, kongsi jawapan di Instagram Feed anda, tag @bonia serta sertakan hashtag #BONIAwithJoong, #BONIASS26 dan #RefinedThroughTime untuk peluang ganjaran menarik.

Photo with the Digital Muse
Tetamu dijemput ke photobooth interaktif untuk merakam momen bersama Digital Muse, lengkap dengan pelekat digital yang boleh disesuaikan. Melalui pengalaman ini, peminat boleh mengambil ‘selfie’ digital bersama Joong Archen dan mencipta kenang-kenangan eksklusif yang boleh dikongsi.
Quest of the Muse
Cabaran puzzle jigsaw khas yang diinspirasikan daripada kempen Spring/Summer 2026 menguji kepantasan dan fokus peserta. Mereka yang berjaya melengkapkan cabaran dalam masa 30 saat akan menerima enamel pin edisi terhad yang diinspirasikan oleh Brand Muse.

The Muse’s Personal Atelier
Sebagai sentuhan peribadi, tetamu boleh menikmati perkhidmatan hot stamping percuma dengan tandatangan khas Brand Muse pada produk BONIA terpilih, menjadikan setiap item sebuah koleksi eksklusif yang bernilai sentimental.
The Art of the Ribbon
Perjalanan pengalaman ini diakhiri dengan aktiviti menyulam reben pada penanda buku, lalu menukarkannya menjadi kenang-kenangan simbolik — melambangkan sebuah bab yang diperhalusi oleh masa.
Keseluruhan pengalaman ini mengukuhkan visi BONIA terhadap runcit moden sebagai ruang penemuan, interaksi dan hubungan emosi — tempat di mana seni pertukangan bertemu budaya, dan setiap kunjungan membawa sebuah cerita tersendiri.
Acara ini bukan sahaja meraikan Joong Archen sebagai Brand Muse BONIA, malah menandakan satu pencapaian penting dalam evolusi jenama tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai simbol kemewahan moden di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Pautan berkaitan: 6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.
KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN
Nama Zairi Aziz kini menjadi salah satu nama pelakon tempatan baharu yang sedang meningkat naik menerusi drama terbaharu, Kelas Belakang.
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
KENALI LELAKI DI SEBALIK WANITA BERJAYA DI MALAYSIA
Ada figura lelaki yang hebat sebagai pendorong dan tulang belakang di sebalik wanita-wanita yang berjaya di Malaysia.
PEMPENGARUH FESYEN BERBANGSA CINA YANG TERKENAL DI MALAYSIA
Pempengaruh fesyen berbangsa Cina di Malaysia merupakan individu yang amat berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan.
5 PAWAGAM MEWAH DI KUALA LUMPUR UNTUK PENGALAMAN MENONTON ‘FIRST CLASS’
Kuala Lumpur kini menyajikan barisan pawagam mewah untuk meningkatkan lagi pengalaman ketika anda keluar menonton wayang.











