Skip to content

SELAIN SINGLE'S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI

SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI

Kongsikan artikel ini

Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single’s Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton. 

Selepas episod terakhir Single’s Inferno Season 5 di Netflix, ia membuktikan lagi kehangatan dating show Korea Selatan di serata dunia. Daripada penonton, hingga ke selebriti terkenal menghabiskan masa lapang menonton dating shows ini, termasuklah penulis GLAM Lelaki sendiri. Setiap siri Single’s Inferno turut menghasilkan individu ikonik seperti Song Jia dari siri pertama dan Dex dari siri kedua, yang kini menjadi salah seorang panel mereka. Namun, ramai yang tidak tahu selain daripada Single’s Inferno, terdapat banyak lagi dating show Korea yang terkenal dan wajib ditonton sebagai peminat rancangan romantik ini. Berdasarkan pengalaman sendiri, GLAM Lelaki senaraikan 5 dating show Korea Selatan yang anda patut tonton.

#1 EXchange/Transit Love

Personal favourite. EXchange atau Transit Love mengisahkan tentang sekumpulan bekas kekasih yang telah berpisah atas pelbagai sebab, berkumpul semula. Mereka diberi pilihan untuk menjalin kembali cinta lama atau mencari pengganti baharu. Rancangan ini menampilkan sepuluh lelaki dan wanita bujang yang dibawa untuk tinggal bersama selama beberapa minggu, keluar berjanji temu, dan mengenali satu sama lain tanpa mengetahui siapakah bekas kekasih (X) bagi setiap peserta.

Yang menjadikan rancangan ini unik ialah para peserta rancangan ini bukannya orang asing, sebaliknya mereka terdiri daripada pasangan bekas kekasih. Antara selebriti Korea Selatan yang turut menonton rancangan ini ialah Jennie dan Rosé (Blackpink), HAN (Stray Kids) serta Kai (EXO). HAN turut mencipta lagu berjudul 13, diinspirasikan oleh salah satu pasangan dari season 3.

#2 Heart Signal

Untuk Heart Signal, mengikuti kisah lapan individu yang tinggal bersama selama sebulan sambil mengenali satu sama lain dan keluar berjanji temu. Setiap malam, setiap ahli akan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) secara anonymous kepada peserta lain untuk menunjukkan minat mereka. Namun begitu, mereka tidak dibenarkan untuk meluahkan perasaan cinta secara bersemuka.

Sementara itu, sekumpulan panel yang terdiri daripada selebriti dan pakar akan menonton rakaman tersebut, menganalisis setiap tindakan para peserta, serta cuba meramal siapa yang akan menghantar mesej kepada siapa. Heart Signal memberi suspend kepada penonton kerana perlu meneka siapa yang menjadi penghantar mesej, hingga episod terakhir rancangan itu.

#3 Love Catcher

Berbeza dengan dating show yang lain, Love Catcher lebih mencabar dan menarik untuk ditonton. 10 orang asing tinggal bersama selama lapan hari di bawah satu bumbung. Sebahagian daripada mereka adalah “Love Catchers” yang mencari cinta sejati. Namun, ada juga yang merupakan “Money Catchers” yang menyertai pertandingan ini untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak 50 juta won (kira-kira RM130,000).

Untuk memenangi wang tersebut, “Money Catchers” perlu mengenal pasti seorang “Love Catcher” untuk dijadikan pasangan. Jika mereka akhirnya memilih sesama “Money Catcher”, mereka akan tersingkir daripada permainan. Manakala, “Love Catchers” pula perlu mengelak daripada jatuh cinta kepada “Money Catcher” dalam misi mereka mencari cinta sejati. Elemen cabaran yang mendebarkan menjadikan Love Catcher salah satu dating show yang unik di Korea Selatan.

#4 Nineteen to Twenty

Sangat comel, tentang percintaan remaja dan young adult melalui rancangan ini. Nineteen to Twenty merakamkan fasa pertumbuhan dan kebebasan golongan muda berusia 19 tahun saat mereka melangkah ke usia 20 tahun. Sekumpulan Gen Z ii menikmati minggu terakhir mereka sebagai remaja berusia 19 tahun dan minggu pertama bergelar belia 20 tahun selepas menyambut kedatangan tahun baharu.

Para peserta yang unik ini akan mengakhiri tahun tersebut dengan meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil mempersiapkan diri secara perlahan-lahan untuk melangkah ke alam dewasa. Dari rancangan ini, elemen coming-of-age, persahabatan dan cinta muda ditunjukkan.

#5 Better Late Than Single

Sesuai buat yang bujang, Better Late Than Single” ialah sebuah rancangan Netflix yang menampilkan individu-individu dalam lingkungan 20-an hingga 30-an. Mereka merupakan individu yang tidak pernah bercinta seumur hidup (motae-solos). Sepanjang sembilan hari di Pulau Jeju, para peserta ini akan melalui proses transformasi (makeover) serta menerima bimbingan hubungan daripada mentor selebriti untuk membantu mereka mengemudi percintaan pertama mereka. Rancangan ini mendapat perhatian kerana memaparkan detik-detik yang kekok namun sangat jujur dan tulus.

Pautan berkaitan:

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025

Bacaan Lanjut
KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

Bacaan Lanjut

PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2

Bacaan Lanjut
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
Squid Game season 3

BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)

Bacaan Lanjut