PORT MOREH SEKITAR KL YANG BUKA SEHINGGA LEWAT MALAM
Moreh kini sudah menjadi ritual atau tradisi golongan muda di kota selepas terawih. Di tengah ibu kota terdapat ‘port’ yang masih bernyawa sehingga jam 3 pagi. Menawarkan kopi, dessert dan comfort food untuk sesi lepak yang lebih panjang. Bagi night owls dan pencinta suasana malam, inilah destinasi untuk menutup hari dengan perbualan yang berlanjutan.
Daripada dessert viral di TTDI hingga kopi lewat malam di tengah bandar, ini senarai port moreh sekitar Kuala Lumpur yang jadi pilihan night owls, termasuk spot untuk sambung lepak selepas terawih.
#1 CookieDohmy
Jenama dessert tempatan ini bukan hanya tertumpu di TTDI, malah mempunyai beberapa cawangan strategik sekitar Lembah Klang. Dikenali dengan pilihan cookie dough, kek dan manisan moden yang menjadi kegemaran anak muda. CookieDoh sering menjadi destinasi moreh selepas tarawih atau sesi lepak lewat malam.
Kini, CookieDoh boleh didapati di:
📍 MyTOWN, Cheras
📍 AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
📍 TTDI 21, TTDI
📍 Emira Residence, Shah Alam
Setiap cawangan membawa vibe santai dan kasual yang sesuai untuk pertemuan rakan atau keluarga. Dengan reputasi kukuh di media sosial serta ulasan pelanggan yang konsisten, CookieDoh terus menjadi antara pilihan popular untuk pencuci mulut selepas iftar dan terawih.
#2 Mokky’s Pizza & Coffee Bukit Tunku
Mokky’s Pizza terkenal dengan pizza gaya New York serta pelbagai menu santai yang sesuai untuk sesi ‘moreh’ selepas solat tarawih. Walaupun waktu operasinya biasanya sehingga sekitar tengah malam. Ia menjadi salah satu port makan malam yang ramai orang pilih terutama pada bulan Ramadan kerana menu-menu spesial seperti Pizza Top Global, ‘Nutella Bites’ dan teh tarik premium ditawarkan khas untuk pengunjung malam.
Selain menjadi port makan malam popular sekitar KL, Mokky’s turut mencuri perhatian Ramadan kali ini dengan pengenalan menu istimewa bertemakan moreh. Jenama ini memperkenalkan “Moreh Menu” eksklusif Ramadan yang menampilkan sentuhan nostalgia dengan interpretasi moden. Antara yang terdapat dalam menu adalah termasuk hidangan seperti Nutella Bites serta variasi kreatif minuman seperti Teh-ramisu, iaitu olahan teh tarik dengan sentuhan pencuci mulut. Menu bermusim ini dipromosikan melalui platform media sosial rasmi mereka dan tersedia untuk tempoh terhad sepanjang bulan puasa, menjadikan Mokky’s antara lokasi pilihan untuk sesi lepak selepas tarawih atau pencuci mulut lewat malam.
#3 JOKOPI
JOKOPI merupakan salah satu cafe yang benar-benar buka hingga awal pagi. Sekitar 3:00 – 3:30 pagi mengikut beberapa laporan komuniti dan profil media sosialnya. Cafe ini menjadi pilihan ramai penggemar kopi serta tempat lepak lebih lama selepas waktu malam. Menjadikannya sebuah port ideal untuk sesi minum sambil perbualan selepas solat tarawih, berbuka puasa atau sekadar nak chill lebih lewat malam.
4. Kolumpo Kopitiam
Kolumpo Kopitiam di Cheras adalah destinasi lain yang popular dengan menu gaya tempatan dan latar suasana santai. Restoran ini sering menjadi tempat makan malam serta lepak malam yang panjang terutama di kawasan Cheras. Sesuai jika anda mencari pilihan makan yang lebih ‘local comfort food’ selepas tarawih atau selepas berbuka malam tanpa terhad kepada dessert sahaja.
#5 Warung Pagi Pagi
Warung Pagi Pagi di adalah port makan malam popular di ibu kota dengan vibe santai dan lokasi unik di kawasan bukit berhampiran laluan bandar. Ia terkenal dengan menu Malaysia klasik seperti nasi lemak, roti canai, soto dan pilihan kopi yang sedap.
Warung Pagi Pagi antara tempat moreh yang paling lama dibuka berbanding banyak kedai makan biasa di KL. Sesuai untuk malam panjang selepas tarawih atau lepak dengan kawan-kawan.
Artikel Berkaitan: RANCANG BERBUKA PUASA? 5 RESTORAN BAHARU DI KLGCC MALL BOLEH DICUBA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – ALVN
ALVN, nama yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tidak kira tentang bakat lakonannya atau gayanya yang versatile.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL NEXT GEN” – FAHD DHAF
Wajah yang sering menghiasi pentas fesyen, Fahd Dhaf turut mempunyai gaya peribadi yang setara dengan penampilannya.
GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL
Biarpun konten fesyen atau gaya hidup, kerjaya atau personal, pereka konten Amirul Danial tidak pernah lekang menunjukkan peribadinya yang berani dan penuh karakter.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
SUARA KINI: PERJALANAN DAMIEN MIRZA SEBAGAI DJ DAN PEMUZIK
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Damien Mirza, salah seorang daripada empat pemuzik dengan latar belakang yang berbeza.











