GL RAYA 2026: IMBAS SEMULA LOOK RAYA 2025 SELEBRITI MALAYSIA
Mari imbas semula look raya selebriti di Malaysia tahun lepas dan ia boleh dijadikan inspirasi untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar sebuah perayaan keagamaan yang diraikan penuh kesyukuran, tetapi juga momen yang sarat dengan nilai tradisi, kasih sayang dan penyatuan keluarga. Setiap kali Syawal menjelma, suasana menjadi lebih istimewa. Rumah dihias indah, juadah tradisi disediakan penuh teliti, dan yang paling dinantikan, tentunya persiapan busana raya. Tidak kira usia atau latar belakang, semua mahu tampil segak dan menawan pada pagi pertama Syawal sebagai simbol permulaan yang baharu.
Menjelang Hari Raya 2026, keterujaan itu semakin terasa. Media sosial sudah mula dibanjiri dengan teaser koleksi raya, sesi fotografi eksklusif serta perkongsian disebalik takbir daripada selebriti dan jenama tempatan. Jenama fesyen berlumba-lumba memperkenalkan rekaan terkini. Daripada potongan klasik yang diberi nafas moden, hinggalah kepada siluet adi busana yang berani dan eksklusif. Warna-warna bold, rona tanah yang elegan, sehinggalah rekaan bercorak dijangka kembali mendominasi trend tahun ini.
Jadi, sementara kita menghitung hari menuju Syawal 2026, jom kita imbas kembali memori look raya selebriti Malaysia yang pernah mencetus fenomena. Siapa tahu, daripada imbasan ini, lahir idea segar untuk anda tampil paling bergaya dan berkeyakinan pada pagi raya nanti.
#1 Jazmy Juma
#2 Meerqeen
#3 Nadhir Nasar
Tidak dapat dinafikan, setiap kali tibanya musim raya, selebriti Malaysia menjadi antara figura paling dinanti-nantikan penampilan mereka. Setiap helaian yang digayakan bukan sahaja menjadi bualan, malah sering dijadikan inspirasi oleh peminat dan pencinta fesyen. Ada yang tampil sopan dan minimalis dengan baju melayu moden yang ringkas tetapi berstruktur kemas. Ada juga yang memilih kebaya dan baju kurung lengkap dengan perincian sulaman, manik dan labuci yang memukau. Malah, konsep sedondon sekeluarga turut menjadi trend yang terus mendapat tempat di hati ramai.
Fenomena ‘OOTD Raya’ juga kini menjadi satu budaya. Jika dahulu gambar raya sekadar diambil di ruang tamu atau halaman rumah, kini sesi fotografi raya dirancang lebih terperinci. Daripada pemilihan tema, dekorasi, pencahayaan, hinggalah lokasi penggambaran yang estetik. Ada yang memilih konsep klasik Melayu dengan latar rumah kampung, ada yang mengetengahkan suasana moden minimalis, dan tidak kurang juga yang tampil dengan konsep editorial ala majalah fesyen.
#4 Qasrina Karim
#5 Daiyan Trisha
Baca: 5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
#6 Syed Saddiq
Semakin hari, semakin hampir kita dengan Hari Raya 2026. Sudah tentu semua orang sedang sibuk memilih warna, rekaan, malah lokasi untuk penggambaran raya untuk tahun ini. Dalam kesibukan membuat persiapan, apa kata kita imbas semula look raya selebriti Malaysia yang pernah mencuri perhatian sebelum ini? Daripada gaya yang menjadi trend sehingga tular di media sosial, sehinggalah penampilan yang menerima pujian kerana keanggunan dan kesederhanaannya. Semuanya mencerminkan evolusi fesyen raya tanah air.
Mengimbas kembali gaya-gaya terdahulu bukan sekadar untuk mengenang momen lama, tetapi juga sebagai sumber inspirasi untuk mencipta identiti tersendiri pada Syawal kali ini. Mungkin ada elemen klasik yang boleh digayakan semula dengan sentuhan baharu, atau kombinasi warna yang sebelum ini tidak terlintas di fikiran tetapi sebenarnya cukup menyerlah. Apa pun pilihan anda, yang paling penting adalah keyakinan dan keselesaan. Kerana itulah kunci sebenar untuk tampil berseri di hari lebaran.
#7 Fazura
#8 Mierul Aiman
Baca: INFLUENCE TO IMPACT: 5 JENAMA MILIK USAHAWAN MUDA DI MALAYSIA
#9 Hun Haqeem
#10 Bella Astilah
#11 Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
#11 Hairul Azreen & Hanis Zalikha
Agak-agak tahun ini, warna apa dan rekaan apa yang selebriti-selebriti ini akan gayakan sempena Syawal 2026? Setiap satu akan membawa makna yang lebih besar apabila diraikan bersama keluarga tercinta.
Pautan berkaitan: GAYA MODEST DAN STYLISH NEELOFA YANG BOLEH JADI INSPIRASI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





