Skip to content

ustaz irfan

SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Kongsikan artikel ini

“Terima kasih kepada pihak produksi dan semua yang terlibat kerana berani mengambil risiko melibatkan saya untuk membawakan watak ini,” kata Firdaus menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Perkongsian tersebut diluahkan Firdaus dengan penuh rasa penghargaan atas fenomena luar biasa yang dicetuskan oleh drama Doa Yang Terlindung. Ketahui beberapa perkara mengenai aktor yang memegang watak Ustaz Irfan ini. 

Aktor baharu berpotensi besar

Firdaus Karim mula dikenali ramai selepas membawakan watak Ustaz Irfan dalam Doa Yang Terlindung. Lakonannya yang bersahaja dan penuh emosi berjaya menarik perhatian penonton drama tempatan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Bakat lakonan semula jadi 

Salah satu kekuatan Firdaus ialah keupayaannya menghidupkan watak dengan ekspresi yang meyakinkan. Firdaus mampu menjiwai peranan yang diberikan, sama ada sebagai watak protagonis mahupun watak yang lebih kompleks dan mencabar. Firdaus pernah berlakon dalam filem seperti Imaginur, Blood Brothers: Bara Naga, dan Mentega Terbang. 

Pertama kali berlakon dalam drama TV perdana

Firdaus pernah berkongsi menerusi hantaran di Instagram miliknya bahawa Doa Yang Terlindung merupakan pengalaman pertamanya berlakon dalam dunia drama TV perdana, satu peluang yang disifatkannya sebagai titik permulaan penting dalam perjalanan seninya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Komited dan profesional

Menurut dalam beberapa temu bual, rakan-rakan industri menyifatkan Firdaus sebagai seorang yang komited ketika berada di set penggambaran. Sikap profesional dan kesungguhannya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap babak menjadikan Firdaus disenangi oleh kru produksi.

Bukan aktor klise

Drama dan karakter Ustaz Irfan menjadi tular apabila terdapat komen-komen negatif yang mengatakan dirinya kurang sesuai untuk memegang watak utama dalam Doa Yang Terlindung. Malah, ada yang memperkecilkan rupa parasnya. Rupa parasnya tidak stereotaip seperti kebanyakan pelakon yang sering membawakan watak utama dalam drama televisyen. Lazimnya digambarkan sebagai kacak, tinggi dan bertubuh sasa. Pun begitu, Firdaus membuktikan bahawa kekuatan sebenar seorang pelakon terletak pada bakat dan keberkesanan dalam menghidupkan watak, bukan semata-mata pada penampilan fizikal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Karim (@xfirdauskarimx)

Duta baju raya Elrah Exclusive 

Firdaus turut melakar pencapaian terbaharu apabila dilantik sebagai duta baju raya jenama Elrah Exclusive bersama Sharifah Rose, sekali gus mengukuhkan lagi namanya dalam dunia hiburan. 

Artikel berkaitan: LAPAN SELEBRITI BERBANGSA CINA YANG BERGIAT AKTIF DALAM DRAMA MELAYU

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jazmy juma

JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut
JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’

Bacaan Lanjut
kamal adli uqasha

KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut