Skip to content

POP-UP RAYA SEKITAR KUALA LUMPUR YANG PERLU ANDA BOOKMARK SEKARANG

Kongsikan artikel ini

Musim Raya di Kuala Lumpur bukan sekadar tentang persiapan baju dan kuih. Kota raya dipenuhi pop‑up markets & bazaar yang penuh vibe kreativiti, lokal makers dan pelbagai barangan persiapan raya yang tak boleh dilepaskan. Dari bazaar besar penuh pilihan fesyen dan makanan hingga ruang indie untuk jenama tempatan, ini ialah pasaran yang wajib dilawati sebelum mood ‘Baju Raya Panic’ melanda.

Sebelum drama “tak ada baju raya” bermula, ini senarai pop-up dan pasar Raya sekitar Kuala Lumpur yang wajib anda tandakan dalam kalendar. Dari fesyen ke kuih tradisional, semuanya ada.

#1 Riuh Raya Baik Baik

Riuh Raya Baik Baik di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange, kembali meriah sebagai permulaan utama untuk shopping festive. Bazaar ini buka setiap hari dari petang hingga lewat malam dengan puluhan vendor fesyen, aksesori, kuih Raya dan juga persembahan live yang menceriakan suasana pra‑Raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RIUH (@riuhinthecity)

#2 cirKLe: Eid Semester Pop‑Up

Bagi yang mencari sesuatu lebih community‑driven, cirKLe: Eid Semester Pop‑Up di The Campus Ampang membawa vibe kreatif dan lifestyle. Sebuah ruang yang mengumpulkan jenama indie, karya tempatan dan pilihan produk menarik di bawah satu bumbung. Di sini bukan sahaja boleh shop, tapi juga melihat sisi community culture yang sedang berkembang di KL.

#3 Pasar Seloka Raya

Pasar Seloka Raya pula adalah lokasi wajib untuk aesthetic hunter. Dengan unit‑unit pop‑up vendor yang dibina rapi dan pilihan produk lokal yang pelbagai dari fesyen, lifestyle dan makanan ringan. Pasar Seloka sering menjadi lokasi utama untuk style‑inspo Raya and last‑minute gifting. Bazaar ini diadakan di beberapa lokasi termasuklah Bangsar Village II dan ruang‑ruang gaya lain sekitar bandar sepanjang musim raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pasar Seloka (@pasarseloka)

#4  Bazram Merdeka

Bazram Merdeka ialah salah satu bazaar Ramadan terbesar di KL dengan lebih 100 gerai. Menawarkan pelbagai makanan, kuih tradisional dan barangan fesyen sambil anda boleh berbuka puasa di lokasi yang luas di dataran sekitar Stadium Merdeka. Acara ini berjalan dari sekitar pertengahan Februari hingga pertengahan Mac.

#5 Semua Raya Market 

Mengambil alih ruang Semua House berdekatan Masjid Jamek, pasar raya tahunan ini berlangsung dari waktu petang hingga lewat tengah malam. Dengan gabungan sesi membeli-belah, persembahan dan aktiviti interaktif. Pengunjung boleh menjangkakan booth pempengaruh, sesi open mic, muzik akustik serta suasana meriah yang sarat dengan semangat perayaan sepanjang minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Curators Lab (@curators.lab)

Jadi sebelum mood panik baju Raya itu menyerang, bookmark dulu senarai pop‑up dan bazaar ini. Dari yang besar ke yang indie, setiap satu memberi rasa raya yang berbeza dan peluang untuk support bakat tempatan sambil membeli pilihan fesyen & ole‑ole Raya yang menarik!

Artikel Berkaitan: LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRE-SPRING / FESTIVE 2026 KIT WOO TAFSIRAN BAHARU BUSANA RAYA OLEH KIT WOO

Bacaan Lanjut

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Bacaan Lanjut