DESTINASI RASA STAY PACKAGE DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA: STAYCATION RAMADAN DENGAN SAJIAN TRADISI
Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Destinasi Rasa Stay Package. Pengalaman staycation Ramadan yang menggabungkan keselesaan penginapan dengan bufet iftar yang meraikan kekayaan rasa kulinari Malaysia.
Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk kembali kepada makna kebersamaan saat keluarga dan sahabat berkumpul menghayati tradisi berbuka puasa. Tahun ini, pengalaman tersebut diperkaya dengan Destinasi Rasa Stay Package di Le Méridien Putrajaya. Sebuah pakej penginapan yang menggabungkan keselesaan staycation bersama sajian Ramadan yang penuh citarasa. Pakej ini memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati Ramadan dengan lebih santai, tanpa perlu meninggalkan hotel, sambil menghayati pengalaman kulinari yang dirangka khas oleh pasukan chef hotel.

Destinasi Rasa: A Flavourful Ramadan Journey
Sebagai sebahagian daripada pengalaman ini, tetamu boleh menikmati bufet Destinasi Rasa di restoran Latest Recipe yang berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026. Bufet ini meraikan kekayaan landskap kulinari Malaysia dengan gabungan hidangan tradisional dan sentuhan moden. Antara menu yang menjadi tumpuan termasuk Ayam Percik, Sambal Sotong dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi. Serta hidangan kegemaran seperti Nasi Ayam Hainan, mencerminkan kepelbagaian budaya dalam masakan tempatan.
Tidak lengkap pengalaman berbuka tanpa pencuci mulut yang memikat. Tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan seperti Chocolate Moist Cake, Red Velvet Cake, Mango Mousse, serta Salted Caramel Pandan Honeycomb Cake yang menggabungkan rasa tempatan dengan sentuhan moden. Lebih daripada 20 jenis kuih-muih tradisional Melayu dan Nyonya turut dipersembahkan sebagai penghormatan kepada warisan pencuci mulut tempatan, di samping stesen coklat interaktif yang menambah elemen keseronokan kepada pengalaman menjamu selera.
@glamlelaki_my Ramadan dining bersama GLAM Lelaki di Le Méridien Putrajaya. Nikmati bufet iftar dan sahur Destinasi Rasa: A Flavourful Ramadan Journey di Latest Recipe — meraikan kekayaan rasa kulinari Malaysia. Ramadan, but make it elevated. 🌙✨ #GLAMLelaki #Destinasirasa #LeMeridien #RamadanDining ♬ original sound – GLAM Lelaki
Melalui Destinasi Rasa Stay Package, tetamu bukan sahaja menikmati bufet berbuka puasa, malah turut disediakan bufet sahur atau sarapan pagi serta bufet makan malam sepanjang penginapan. Pakej ini direka untuk mereka yang ingin menikmati suasana Ramadan yang lebih tenang dan eksklusif. Sama ada untuk percutian mini bersama keluarga, atau sekadar menikmati pengalaman staycation.

Dengan gabungan pengalaman kulinari yang pelbagai, Destinasi Rasa di Le Méridien Putrajaya menawarkan sebuah pengalaman Ramadan yang sangat memuaskan. Malah ia mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Artikel Berkaitan: RAMADAN 2026: 5 SPOT IFTAR PILIHAN GLAM LELAKI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OUTFIT CHECK DI ITALIAN GRAND PRIX 2026!
Penampilan para pelumba di Italian Grand Prix 2026 terus memacu intergrasi fesyen dan Formula One.
5 FILEM HANGAT LAKONAN IQBAAL RAMADHAN
Filem-filem lakonan Iqbaal Ramadhan sentiasa menjadi filem yang hangat di Indonesia, kerana bakat lakonannya.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!
Bulan September 2026 dipenuhi dengan comeback yang bakal menggegarkan duni peminat K-Pop seluruh dunia dari pelbagai genre.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
GLAM LELAKI OGOS 2026: KABILAN JELEVAN
Meet GL’s August cover star, Kabila Jelevan. Kabilan merupakan antara nama yang semakin menyerlah dalam arena Muay Thai negara.











