Skip to content

8 LAGU RAYA DATO' SRI SITI NURHALIZA YANG EVERGREEN

8 LAGU RAYA DATO’ SRI SITI NURHALIZA YANG EVERGREEN

Kongsikan artikel ini

Setiap tahun, nyanyian merdu lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan sentiasa kedengaran setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba.

Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga waktu yang dipenuhi kenangan indah bersama keluarga, tradisi yang diwarisi turun-temurun, serta iringan lagu-lagu raya yang membangkitkan suasana syahdu dan meriah. Setiap kali Syawal menjelma, radio, televisyen dan platform digital pasti dibanjiri lagu-lagu raya yang menjadi teman setia perjalanan pulang ke kampung, sesi bermaaf-maafan, serta kemeriahan rumah terbuka. Dalam dunia muzik Malaysia, antara penyanyi yang sangat sinonim dengan lagu raya yang malar segar ialah Biduanita negara kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Sebagai salah seorang ikon muzik tanah air, DS Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali dengan balada yang menyentuh jiwa dan lagu pop yang memukau, malah turut meninggalkan legasi besar dalam genre lagu raya. Suara merdunya yang penuh emosi mampu menyampaikan pelbagai rasa. Daripada kegembiraan menyambut Syawal hingga ke rasa sayu mengenangkan insan tersayang yang tiada. Lagu-lagu raya nyanyian beliau sering dimainkan saban tahun dan tetap relevan walaupun telah lama diterbitkan. Inilah yang menjadikan karya-karya tersebut dianggap “evergreen” oleh peminat muzik dan pendengar setia setiap kali tibanya Aidilfitri.

Lagu Nyanyian Dato’s Sri Stiti Nurhaliza Di Dalam Hati Rakyat Malaysia

Sejak awal kerjaya hingga ke hari ini, DS Siti Nurhaliza telah merakamkan beberapa lagu raya yang terus hidup dalam hati masyarakat. Ada yang bernada ceria dan rancak untuk memeriahkan suasana rumah terbuka, ada juga yang penuh nostalgia sehingga membuatkan pendengar tersentuh. Keunikan setiap lagu inilah yang menjadikan ia terus dimainkan di radio, televisyen dan media sosial setiap kali musim perayaan. Malah bagi ramai orang, sambutan Hari Raya terasa kurang lengkap tanpa mendengar suara beliau menyanyikan lagu-lagu Syawal.

Berikut merupakan 8 lagu raya evergreen nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Aidilfitri tiba. Lagu-lagu ini bukan sahaja popular, malah terus diingati dan dinyanyikan oleh pelbagai generasi dari dulu hingga sekarang.

#1 Sesuci Lebaran

#2 Nazam Lebaran

#3 Anugerah Aidilfitri

#4 Meriah Suasana Hari Raya

#5 Bila Hari Raya Menjelma

#6 Air Mata Syawal

#7 Lip Lap Raya

#8 Beraya Dengan Saya

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND

SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND

Bacaan Lanjut
SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT

SITISM, ALBUM SOLO KE-20 SITI NURHALIZA AKHIRNYA MENEMUI PEMINAT

Bacaan Lanjut
ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA

ISU TAYANG KEMEWAHAN, AHMAD IQBAL DIBANDINGKAN DENGAN SITI NURHALIZA

Bacaan Lanjut