HERO FIENNES TIFFIN: BINTANG YOUNG SHERLOCK YANG MEMBAWA NAMA BESAR FIENNES
Membawa nama keluarga yang cukup besar dalam dunia seni, Hero Fiennes Tiffin kini melangkah ke hadapan sebagai bintang utama dalam siri Young Sherlock.
Hero Beauregard Faulkner Fiennes Tiffin
Nama Hero Fiennes Tiffin mungkin kedengaran seperti watak dari novel klasik. Tetapi bagi pelakon Britain berusia 28 tahun ini, ia juga datang dengan beban warisan keluarga yang cukup terkenal. Dilahirkan dalam dinasti seni yang dihormati. Tiffin ialah anak kepada pengarah Martha Fiennes dan sinematografer George Tiffin, serta anak saudara kepada pelakon ternama Ralph Fiennes dan Joseph Fiennes. Dalam temu bual bersama pihak media, Tiffin mengakui dia pernah berasa sedikit malu dengan nama penuhnya, Hero Beauregard Faulkner Fiennes Tiffin. Namun kini melihatnya sebagai sesuatu yang unik dan sukar dilupakan.

Young Sherlock
Kini, perhatian dunia kembali tertumpu kepadanya menerusi siri baharu Young Sherlock, di mana dia memegang watak Sherlock Holmes versi muda. Projek ini dianggap sebagai peranan impian buat Tiffin. Terutamanya kerana ia diarahkan oleh Guy Ritchi, pengarah yang telah lama dikaguminya. Siri ini menampilkan sisi Sherlock yang lebih muda dan belum matang. Memperlihatkan perjalanan awal seorang genius yang masih belajar memahami dirinya sebelum menjadi detektif Baker Street.
Walaupun datang daripada keluarga seni yang terkenal, Hero bersikap terbuka tentang keistimewaan yang dimilikinya. Dia mengakui bahawa latar belakang keluarganya memberi peluang awal dalam industri. Tetapi pada masa yang sama dia mahu membuktikan bahawa bakat dan kerja kerasnya sendiri mampu berdiri tanpa bergantung sepenuhnya pada nama Fiennes. Dengan projek seperti Young Sherlock, bintang muda ini semakin menunjukkan bahawa dia juga sedang membina legasinya sendiri.
Artikel Berkaitan:
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026
Victoria's Secret Fashion Show 2026 meneruskan legasi tiga dekad jenama ini, dengan para tetamu lelaki yang turut menjadi perhatian.
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI
FFM35 mengumumkan senarai pencalonan yang menghimpunkan barisan pelakon lelaki daripada pelbagai generasi dan latar belakang seni.
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI
GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.











