Skip to content

GUERLAIN MEMPERKENALKAN KOLEKSI “ART OF LIVING” INSPIRASI SIGNATURE GUERLINADE

Kongsikan artikel ini

Melangkaui dunia parfum, Guerlain kini membawa esen Guerlinade ke dalam koleksi gaya hidup yang merangkumi lilin, sabun dan diffuser kereta.

Pada tahun 2026, Guerlain memperkenalkan dimensi baharu dalam dunia wangian menerusi koleksi gaya hidup yang diinspirasikan oleh Guerlinade. Signature olfaktori legenda rumah parfum tersebut. Dirumus daripada enam bahan mentah utama iaitu bergamot, mawar, melati, iris, vanila dan tonka bean. Guerlinade telah menjadi asas kepada pelbagai haruman ikonik Guerlain selama lebih satu abad.

Melalui koleksi L’Art et la Matière, Art of Living, elemen ini kini diterjemahkan ke dalam produk harian seperti lilin, sabun dan diffuser kereta yang hadir dalam enam komposisi wangian eksklusif. Hasil ciptaan Pengarah Penciptaan Wangian Guerlain, Delphine Jelk. Setiap haruman  daripada Vanille Planifolia hingga Jasmin Grandiflorum menonjolkan karakter unik bahan semula jadi yang menjadi DNA jenama tersebut.

Koleksi ini turut menampilkan sentuhan seni menerusi kolaborasi bersama pereka barang kemas Begüm Khan. Dia yang menghasilkan plat edisi terhad untuk koleksi Les Extraits Signature. Direka menggunakan gangsa bersalut emas dan dihiasi batu halus. Aksesori ini mengubah botol wangian menjadi objek seni yang meraikan hubungan indah antara reka bentuk, bahan mentah dan warisan kreatif Guerlain.

Selain wangian, koleksi gaya hidup ini turut menampilkan lilin yang boleh diisi semula serta diperibadikan mengikut cita rasa pengguna. Diformulasikan dengan lilin lebah berkualiti tinggi, setiap lilin bukan sahaja membebaskan aroma lembut tetapi juga berfungsi sebagai objek dekorasi yang menampilkan kod reka bentuk ikonik Guerlain seperti simbol lebah dan botol Square Bottle warisan koleksi L’Art et la Matière.

Artikel Berkaitan: INTERPRETASI MEWAH OUD DALAM SENTUHAN PARIS OLEH FRANCIS KURKDJIAN

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA'S SECRET FASHION SHOW 2026

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026

Bacaan Lanjut
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

Bacaan Lanjut
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

Bacaan Lanjut