6 K-POP IDOL PERNAH MUNCUL DI PENTAS RUNWAY FASHION WEEK
Kemunculan K-Pop idol di atas pentas runway fashion week merupakan satu kejutan dan langkah besar buat jenama dan individu yang terpilih.
Setiap musim fesyen yang dinanti-nantikan sentiasa hadir dengan kejutan. Kemunculan koleksi pertama atau terakhir, barisan tetamu yang dikenali ramai, koleksi yang menjadi bualan hangat, serta kemunculan wajah-wajah yang dikenali di atas pentas runway. Menjadi salah seorang individu terpilih untuk berjalan di atas runway fashion week merupakan satu peluang yang amat besar, untuk sesiapa sahaja.
Sejak industri K-Pop semakin besar dalam dunia fesyen antarabangsa, jenama-jenama besar ini juga berebut untuk menggunakan mereka sebagai wajah dan wakil jenama. Selepas dipilih menjadi duta jenama, membuat kemunculan di atas pentas runway fashion week merupakan langkah yang besar buat mereka. GLAM Lelaki senaraikan momen ikonik, K-Pop idol yang pernah muncul di atas pentas runway fashion week sepanjang musim.
#1 Felix (Stray Kids) – Louis Vuitton
Hampir setahun sejak diumumkan sebagai duta jenama Louis Vutton, Felix membuat debut runway pada 5 Mac 2024. Acara Musim Luruh 2024 Louis Vuitton itu dikejutkan kemunculan Felix di atas pentas runway buat pertama kalinya. Setahun kemudian, Felix sekali lagi mendominasi pentas runway Louis Vuitton ketika acara Fall-Winter 2025 mereka dengan look patern-on-patern yang menonjol. Ini membuktikan betapa sayangnya Nicolas Ghesquière terhadap Felix.


#2 BamBam (GOT7) – Louis Vuitton
BamBam pertama kali diumumkan sebagai duta jenama Louis Vuitton Menswear pada awal tahun 2024. Pada acara Louis Vuitton Men’s Fall/Winter 2026 yang lalu, BamBam menjadi pilihan Pharell Williams untuk berjalan memperagakan koleksi barunya. Jaket puffer berona biru cair yang dipadankan bersama tas tangan monogram Louis Vuitton melengkapkan lagi runway look BamBam.

#3 Yeonjun (TXT) – Miu Miu
Baru sahaja mengejutkan peminat dengan kemunculan pertamanya di atas pentas runway Miu Miu, Yeonjun hadir dengan penuh aura. Ramai yang bertanya, di manakah Yeonjun ketika kemunculan setiap tetamu. Rupanya, pentas peragaan ialah tempatnya. Miu Miu Fall/Winter 2026 merupakan pentas pertama buatnya, malah Yeonjun juga menjadi K-Pop idol lelaki pertama yang menghiasi pentas Miu Miu.

#4 S.Coups (Seventeen) – BOSS
Dengan aura ketuanya yang kuat, S.Coups semestinya wajah yang sempurna mewakili jenama BOSS. S.Coups pertama kali diperkenalkan sebagai duta jenama BOSS pada April 2025 sebelum membuat kemunculan di Met Gala, mewakili jenama itu. Tidak lama selepas itu, S.Coups diberi penghargaan untuk menutup pentas BOSS Womenswear Spring/Summer 2026 di Milan Fashion Week pada bulan September 2025.

#5 Mino (WINNER) – Louis Vuitton
Seorang lagenda yang sebenar, Mino dari WINNER merupakan K-Pop idol pertama yang membuat kemunculan di runway Paris Fashion Week. Pada tahun 2019, Mino membuat kemunculan pertamaya di pentas runway Louis Vuitton Spring 2020, dengan busana rekaan mendiang Virgil Abloh. Mino menjadi pilihan peribadi Virgil Abloh untuk berjalan di pentas runway itu. Boleh dikatakan, Mino menjadi pintu pembuka buat K-Pop idol lain dalam dunia fesyen antarabangsa.

#6 Seonghwa (ATEZZ) – Isabel Marant
Seonghwa turut memberi kejutan yang tidak disangka kepada peminat dan media fesyen apabila membuat kemunculan di atas pentas peragaan Isabel Marant. Acara Fall/Winter 2025 Isabel Marant semestinya tidak menjangka kemunculan jejaka cantik ini. Namun, Seonghwa telah memberi sedikit demi sedikit hint sebelum pentas peragaan itu bermula di akaun Instagramnya.

Pautan berkaitan: SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





