SHARIFAH ROSE: IKON GAYA DAN ASPIRASI WANITA GENERASI BAHARU

Fesyen dan Hiburan
Dalam landskap hiburan dan fesyen tempatan yang sentiasa berkembang, nama Sharifah Rose muncul sebagai antara figura wanita muda yang berjaya membina pengaruh tersendiri. Bermula sebagai pencipta kandungan dan ikon gaya di media sosial. Sharifah Rose dikenali dengan estetika hijab yang manis serta minimalis. Gaya yang mudah didekati tetapi tetap elegan. Popularitinya di platform seperti Instagram dan TikTok membuka ruang lebih luas buat dirinya dalam industri fesyen sebelum melangkah ke dunia lakonan. Sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara personaliti generasi baharu yang memberi inspirasi.
Perjalanan kerjayanya turut diperkukuh menerusi kejayaan dalam drama popular seperti Kekasih Hati Mr Bodyguard yang melonjakkan namanya dalam arus perdana. Sejak itu, Sharifah Rose terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon generasi baharu yang versatil. Termasuk menerusi kemunculan dalam drama seperti 3 Nota Cinta dan Doa Yang Terlindung. Di luar dunia lakonan, dia juga pernah mencuba langkah dalam bidang keusahawanan fesyen melalui label tudungnya sendirI, Harirose. Sebuah inisiatif yang menerima sambutan hangat daripada pelanggan dan peminat. Respons positif itu bukan sahaja mencerminkan pengaruhnya dalam dunia gaya hidup, tetapi juga memperlihatkan bagaimana kreativiti dan personaliti Rose mampu diterjemahkan melangkaui layar perak. Menjadikannya antara figura wanita muda yang terus berkembang dan menginspirasi.
Bersempena sambutan International Women’s Day tempoh hari, kisah Sharifah Rose menjadi refleksi tentang bagaimana wanita muda hari ini mampu mengimbangi kreativiti, kerjaya dan keusahawanan dalam satu perjalanan yang autentik. Dengan sokongan keluarga yang sering dikongsi kepada pengikutnya serta pendekatan yang membumi, Rose bukan sahaja mencipta pengaruh dalam dunia digital, malah menjadi simbol aspirasi bagi generasi wanita yang berani mengejar impian mereka sendiri.
Artikel Berkaitan: PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM
Ketahui beberapa perkara mengenai pelakon Firdaus Karim yang memegang watak Ustaz Irfan dalam Doa Yang Terlindung.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
BALIK KAMPUNG RAYA INI DENGAN RANCANGAN DARIPADA BINTANG-BINTANG TEMPATAN
Dari Meerqeen kepada Aedy Ashraf dan juga Sharifah Rose, berikut adalah rancangan yang menampilkan bintang-bintang tempatan yang boleh anda tonton Raya nanti:
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023
Dari gaya ranggi sehingga fesyen yang unik, barisan selebriti dan bintang media sosial mengolah stail fesyen tersendiri mengikut trend terkini di GLAM x GLAM Lelaki Fashion Party 2023.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022
Dari filem pecah panggung tempatan, “Mat Kilau” kepada siri K-drama inspirasi kisah sebenar, “Narco-Saints”, laman penstriman utama membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang September 2022.










