GENERASI GL: “BELLA DIKELILINGI GOLONGAN YANG LEBIH BERUSIA DAN IA MENJADI IMPAK DALAM CARA BELLA BERFIKIR.” – BELLA DOWANNA
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pelakon Bella Dowanna.
Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Sudah mula berlakon sejak kecil, Bella Dowanna mengembangkan lagi namanya sebagai pelakon wanita di Malaysia. Hampir 17 tahun gadis cantik ini meletakkan namanya dalam dunia lakonan tempatan. Pengalaman Bella Dowanna yang bukan biasa-biasa menjadikannya salah seorang Generasi GL yang dipilih oleh kami.

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?
Bagi Bella, kita boleh pandang situasi ini dari sudut yang positif. Ia merupakan satu peluang yang terjadi, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara dua generasi yang berbeza. Bagi Bella, ia merupakan satu bentuk persaingan yang sihat. Banyak pendapat serta pengalaman yang berbeza dapat dikongsikan. Betul, kita sangat memerlukan satu sama lain untuk mencipta komuniti yang lebih besar, lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan.
#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?
Masa dan waktu. Bella belajar untuk lebih menghargai masa daripada segalanya. Saya tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi dalam masa yang akan datang. Pelbagai perkara boleh terjadi. Jadi, hargailah masa anda bersama orang-orang tersayang.
#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?
Bagi Bella, usia dan cara pemikiran. Alhamdulillah, sejak memulakan karier Bella dikelilingi golongan yang lebih berusia dan ia menjadi impak dalam cara Bella berfikir. Lebih matang, dan pembawakan saya lebih berusia dari umur. Hahaha, itu yang sering saya dengar dari orang lain mengenai saya.
#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah?
Tidak. Kerana Bella selalu percaya dengan proses. Segalanya memerlukan proses dan perjalanan setiap orang berbeza. Rezeki boleh berada di mana-mana sahaja.
#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?
Pada pendapat Bella, tidak. Ia bergantung kepada cara setiap individu dalam penggayaan dan pentafsiran. Fesyen akan sentiasa berubah lebih-lebih lagi apabila kita dapat lihat gaya lama yang menjadi trend semula. Yang saya boleh katakan, ia merupakan satu kitaran. Bagi Bella, selagi seseorang itu selesa dengan fesyen yang digayakan, umur dan masa bukanlah penghalang.
Pautan berkaitan: GENERASI GL: “SAYA MELIHAT PERSAINGAN GENERASI SEBAGAI SATU PERBUALAN BUDAYA DARIPADA SATU PERSAINGAN.” – DANIEL FLEISCHER
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MIA GHAZALI LENGKAPKAN KOLEKSI EMAS KELUARGA GHAZALI DI SUKMA 2026
Kejayaan Mia Ghazali diraikan di SUKMA 2026 sekaligus melengkapkan koleksi pingat emas buat keluarga Ghazali.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL
Tahun ini, Malaysia terus disajikan dengan barisan wajah-wajah baharu dari pelakon lelaki yang mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan.
SENARAI PENAMPILAN PENUH GAYA HUSSAIN JAMILUL DI BIG STAGE X ROCKETFUEL
Disebalik suara yang merdu, Hussain Jamilul, juara Big Stage x Rocketfuel, juga dalam diam membina nama dengan penampilan penuh gaya.
GL MERDEKA 2026: SELEBRITI LELAKI TEMPATAN YANG LAHIR PADA BULAN KEMERDEKAAN, OGOS
Bulan kemerdekaan bukan sahaja diraikan oleh rakyat Malaysia, malah buat selebriti lelaki yang dilahirkan pada bulan Ogos.
ZIANA ZAIN RAIH GELARAN DATUK SELEPAS 30 TAHUN DALAM INDUSTRI
Ziana Zain dikurniakan gelaran Datuk, selepas 30 tahun berada di dalam industri sebagai penyanyi terkenal yang membawa nama Malaysia.











