Skip to content

IMBAS SEMULA GAMBAR RAYA 2026 BELLA ASTILA DAN SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI

IMBAS SEMULA GAMBAR RAYA 2026 BELLA ASTILAH DAN SYED SADDIQ YANG CUKUP ROMANTIS

Kongsikan artikel ini

Tahun ini, Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi kelihatan menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahan bersama. 

Imbas semula gambar Raya 2026, nama Bella Astillah dan Syed Saddiq antara yang paling mencuri perhatian. Bukan kerana terlalu dibuat-buat, tapi kerana terasa sangat dekat dan nyata. Ada sesuatu tentang momen mereka yang buat orang berhenti scroll seketika. Mungkin sebab ia nampak jujur, mungkin sebab ia rasa “real”.

Pagi Syawal itu mungkin tidak nampak terlalu sempurna. Dan mungkin itu yang buat ia lagi indah. Senyuman yang tak dipaksa, gelak tawa kecil yang datang sendiri, dan cara mereka saling melengkapi dalam diam. Bella hadir dengan kelembutan yang sudah sinonim dengan dirinya, manakala Syed Saddiq pula membawa aura tenang yang seimbang. Bersama, mereka tak perlu cuba terlalu kera. Chemistry itu sudah ada, secara natural.

Akhirnya, imbasan ini bukan sekadar tentang mereka, tapi tentang kita juga. Tentang bagaimana Raya sebenarnya adalah masa untuk kembali kepada yang penting: keluarga, kasih sayang, dan momen kecil yang kita kongsi bersama.

#1 Bella Astillah Dan Anak-Anak

#2 Syed Saddiq Bersama Keluarga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

#3 TikTok Challenge Dengan Baju Raya Sedondon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Apa yang GLAM Lelaki cuba tangkap kali ini bukan sekadar gambar cantik untuk Raya, tapi perasaan di sebaliknya. Tentang bagaimana sebuah keluarga itu terbentuk, walaupun mungkin tak ikut ‘template’ biasa. Tentang menerima, memahami, dan hadir untuk satu sama lain, tanpa perlu banyak kata.

Dalam dunia yang selalu nampak serba sempurna di luar, momen seperti ini terasa berbeza. Lebih lembut, lebih jujur. Ia bukan tentang siapa paling bergaya atau siapa paling menonjol, tapi tentang hubungan yang perlahan-lahan terbina dan dirasai. Seperti momen YB Syed Saddiq ‘dipaksa’ menari bersama Bella Astillah dan anak-anak. Lucu dan santai.

#4 ‘Gambar Keluarga’ Bella Astillah, Syed Saddiq Bersama Anak-Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Yang paling mencuri hati, sudah tentu kehadiran dua anak Bella, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Mereka bukan sekadar pelengkap gambar, tapi jiwa kepada keseluruhan momen itu. Ayden dengan energy ceria dia, Ara pula dengan kecomelan yang buat siapa pun cair. Ada satu rasa hangat bila tengok interaksi mereka. Cara mereka ketawa, cara mereka rapat, semuanya nampak ikhlas, bukan untuk kamera semata-mata.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

Bacaan Lanjut
AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN

AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN

Bacaan Lanjut
5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR

5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut

GAYA RELAKS, IMPAK MAKSIMUM PAKSI FOSSIL X KIM MYUNG SOO

Bacaan Lanjut
RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

Bacaan Lanjut