#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)
Cover edisi Julai 2018 GLAM Lelaki mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai wajah penghias muka hadapan buat kali pertama. Pada ketika itu, beliau masih dikenali sebagai antara pemimpin muda yang sedang meningkat naik dalam arena politik Malaysia.

Kemunculan Syed Saddiq di muka depan GLAM Lelaki menarik perhatian ramai kerana ia menunjukkan gabungan unik antara dunia politik dan gaya hidup moden. Syed Saddiq tampil dengan imej yang kemas, bergaya dan penuh keyakinan. Dia ditata gayakan dalam rekaan Fendi, Dior dan Bottega Veneta ketika itu.
Sekali gus memecahkan stereotaip bahawa ahli politik hanya terikat dengan penampilan formal semata-mata.

GLAM Lelaki (2018)

GLAM Lelaki (2018)

GLAM Lelaki (2016)

Photoshoot ini bukan sahaja menonjolkan gaya fesyen terkini (pada waktu itu), malah GLAM Lelaki berjaya memperlihatkan sisi lebih santai dan versatil Syed Saddiq.
Sehingga kini, cover tersebut masih diingati sebagai antara cover paling ikonik. Ia bukan sahaja mengangkat nama Syed Saddiq, tetapi juga menunjukkan bahawa personaliti kepimpinan boleh seiring dengan gaya dan karisma. Pun begitu, Syed Saddiq sebenarnya muncul untuk kali pertama dalam GLAM Lelaki adalah pada tahun 2016. Waktu itu, dia baru berumur 23 tahun dan masih bergelar pelajar di Universiti Islam Antarabangsa.
Artikel berkaitan: IMBAS SEMULA GAMBAR RAYA 2026 BELLA ASTILA DAN SYED SADDIQ PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CLOSE-UP BAJU KAHWIN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH UNTUK KENDURI RAKYAT SABAH
Majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah di Sabah disambut meriah dengan kehadiran masyarakat yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan tempatan.
PERJALANAN PENUH HUBUNGAN BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ
Baru sahaja selesai akad dalam satu majlis intimate Sabtu lalu, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini memulakan babak baru dalam kisah cinta mereka.
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
LEGASI ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH SEPANJANG HIDUPNYA
Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggalkan kesan mendalam buat rakyat. Namun, legasinya juga besar di negara ini.











