5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya. Majlis berlangsung dengan cukup intim. Hanya ahli keluarga dan kenalan rapat pasangan itu yang menerima undangan. Tema warna pakaian majlis tersebut ialah kuning pastel. Kebanyakan tetamu tampil menyarung busana yang selaras dengan tema tersebut. Ada yang tampil anggun dan sofistikated, manakala tidak kurang juga yang memilih gaya klasik tradisional yang tetap mempesona.
NUR FAZURA

Antara yang menjadi tumpuan ialah Fazura. Hadir dengan busana elegan berona kuning lembut, menyerlahkan aura klasik dan sofistikated yang sinonim dengan dirinya. Sopan bertudung serta berbaju kurung, Fazura membawa clutch sebagai pelengkap gaya. Menambah aura glam yang terdapat pada keseluruhan penampilannya.
CHE PUAN SYAMIM FARID & TENGKU EZRIQUE EZZUDDEAN
Syamim Farid turut memukau dengan gaya dress yang menawan dengan bahagian atas persis top kebaya sarat perincian. Meningkat aura selebriti Syamim Farid juga memberi impak besar. Lebih manis lagi, Syamim Farid membawa suaminya yang segak dalam berbaju melayu kuning lengkap bersamping. Pasti sahaja, kehadiran pasangan ini mencuri perhatian para tetamu di majlis tersebut.
NORA DANISH
Nora Danish pula tampil feminin dengan busana yang menonjolkan sisi lembut dan anggun, sekali gus mencuri perhatian para tetamu. Kekal dengan imej sopan, namun membiaskan pesona classy Nora Danish yang menjadi pujaan.
NABIL AHMAD DAN NAZIRAH AYUB
Tidak ketinggalan, Nabil Ahmad bersama isterinya, Nazirah Ayub turut hadir memeriahkan majlis. Isterinya tampil sopan dan elegan dalam baju kurung moden yang memberi sentuhan manis sekali. Menyerlahkan keanggunan tersendiri. Kehadiran mereka sebagai pasangan turut menambahkan suasana harmoni dalam majlis tersebut.
BEN ALI
Ben Ali hadir ke majlis rasanya berseorangan. Ben tampil segak dan bergaya dalam set baju melayu berona kuning lembut. Menyerikan lagi senarai selebriti yang hadir meraikan hari penuh makna Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Artikel berkaitan: 5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
POWER COUPLE DI MALAYSIA: 6 PASANGAN YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI
Power couple di Malaysia cukup ramai dalam kalangan pasangan selebriti dalam industri. Setiap dari mereka cukup menawan dan ikonik.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026
Hampir 4 tahun berkenalan, pasangan kesukaan ramai, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal bertunang pada 28 Mac 2026.
5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI
YB Syed Saddiq merupakan antara ahli politik dari generasi kini yang sering menjadi perhatian masyarakat di Malaysia. Ketahu lima sebab kukuh mengapa Syed Saddiq seorang ikon masa kini.











