TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin, kesungguhan dan perubahan gaya hidup yang positif. Shah Jaszle, seorang pelakon yang terkenal dengan drama Tari Tirana suatu ketika dahulu, kini masih aktif berlakon. Baru-baru ini muncul pula dalam drama Dia Bukan Syurga Raya.
Pada awalnya (setelah berkahwin), Shah Jaszle berdepan dengan cabaran berat badan berlebihan serta tahap kecergasan yang rendah. Namun, dengan semangat baharu yang tercetus kira-kira tahun 2025, Shah mula mengubah rutin harian dengan memberi tumpuan kepada pemakanan seimbang dan senaman konsisten.
Perjalanan ini bukan sekadar tentang penurunan berat badan, tetapi juga melibatkan perubahan mental dan emosi. Shahjaszle belajar mengawal pemakanan. Dalam masa yang sama, Shah mengamalkan senaman seperti yang dikongsi di akaun Instagram-nya. Selain workout, Shah juga aktif bermain pickleball. Juga pada beberapa hari lepas, Shah berkongsi posting bentuk badan terkininya. Dengan kapsyen “Finally salah satu azam 2026 telah tercapai”.
Hasil daripada usaha berterusan, tubuh badan Shah menjadi lebih sihat, bertenaga, dan seimbang. Lebih penting lagi, keyakinan diri beliau turut meningkat. Transformasi ini terbukti apabila Shah kini lebih aktif di media sosial dan TikTok.
Perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan hasil yang besar. Shah Jaszle ternyata inspirasi baharu buat para lelaki.
Kisah Shah Jaszle menjadi motivasi kepada ramai individu untuk memulakan perjalanan hidup sihat. Ia mengingatkan kita bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kesihatan yang baik, tetapi dengan usaha dan kesabaran, setiap orang mampu mencapai versi terbaik diri mereka.
Artikel berkaitan: 5 RESEPI BERBUKA MUDAH KHAIRUL AMING UNTUK LELAKI ‘SINGLE’ CUBA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











