THE HOUSE OF OUD HADIR DENGAN PURE DIAMOND, WANGIAN PENUH KEMEWAHAN
Pure Diamond, dari The House of Oud dipersembahkan dengan penuh kemewahan, inspirasi oleh Cullinan Diamond yang ditemui pada 1995.
Rumah wangian Itali, The House of Oud, mempersembahkan Pure Diamond. Ia merupakan sebuah Eau de Parfum berkarakter Oriental-Floral yang mengangkat kisah keindahan abadi. Terinspirasi daripada Cullinan Diamond, berlian terbesar yang pernah ditemui pada tahun 1905.
Pada awal penemuannya, Cullinan dianggap tidak begitu bernilai, sekadar menyerupai kaca biasa. Namun, di sebalik rupa yang sederhana itu tersembunyi potensi luar biasa. Berlian ini kemudiannya dipotong menjadi beberapa permata paling berharga di dunia. Termasuklah Cullinan I seberat 530.2 karat yang kini menghiasi Sovereign’s Sceptre with Cross milik United Kingdom, simbol keagungan yang kekal sepanjang zaman.

Mengambil inspirasi daripada kisah ini, Pure Diamond menjadi penghormatan kepada keindahan yang understated namun penuh makna. Sebagai tambahan terbaharu dalam Royal Stones Collection, ia juga menandakan evolusi buat The House of Oud. Buat pertama kalinya, botol ikonik lukisan tangan digantikan dengan kaca telus sepenuhnya. Minimal, bersih dan jujur, membiarkan kilauan sebenar “permata” di dalamnya menyerlah. Di dalam botol, kristal halus berkilau seperti serpihan keabadian, mencerminkan masa, cahaya dan nilai yang tidak pudar.
Dari segi olfaktori, wangian ini ibarat penyulingan sebuah berlia. Luminous, woody, mineral dan ambery, di mana inovasi bertemu keanggunan. Di terasnya terletak Sacrosantol®, molekul eksklusif yang diperoleh daripada sisa kayu cendana. Lestari, semula jadi dan bercahaya. Menariknya, struktur kimianya dikatakan hampir menyerupai struktur berlian, menjadikan wangian ini satu pertemuan unik antara sains dan seni.
Nota Utama Pure Diamond
Aromanya dibuka dengan gabungan incense yang smoky, kesegaran bergamot, kehangatan pink pepper dan kemanisan pear yang rangup. Di bahagian hati, komposisi berkembang menjadi lebih lembut dan berlapis dengan sentuhan rose, nutmeg dan cinnamon. Mengimbangi elemen floral dan rempah dengan harmoni. Akhirnya, ia mengendap dengan kehangatan mendalam melalui Sacrosantol®, sandalwood, grey amber dan white musk. Memberikan kesan sensual, elegan dan tahan lama.

Hasilnya adalah satu ekspresi keanggunan kontemporari yang terasa abadi. Pure Diamond bukan sekadar wangian, ia adalah pengalaman deria yang meraikan ketulenan, transformasi, dan keindahan yang hanya terserlah apabila kita benar-benar melihat melampaui permukaan.
Pautan berkaitan: SELEKSI WANGIAN RAYA 2026: AROMA TERBAIK UNTUK SAMBUTAN PENUH GAYA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara.
PENGALAMAN IMERSIF BUAT PENCINTA WANGIAN BERSAMA PENHALIGON’S
Penhaligon’s Raikan Ulang Tahun ke-155 dengan pameran haruman eksklusif di Kuala Lumpur dan pengalaman imersif buat pencinta wangian.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI
Gabungan unik dari Aesop menghasilkan wangian penuh intensiti dengan sisi lembut demi melengkapkan wangian harian.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.











