FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM
Sam Lim mendapat perhatian di media sosial dengan kandungan uniknya, serta perkahwinannya bersama Parisa Ardina baru-baru ini.ย
Nama Sam Lim kini semakin hangat diperkatakan di media sosial, khususnya di TikTok. Dengan personaliti yang dermawan dan kandungan yang mencuri perhatian, dia berjaya membina pengaruh yang besar dalam dunia digital. Baru-baru ini, perkhabaran perkahwinan personaliti media sosial, Sam Lim bersama pempengaruh Parisa Ardina mencuri perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila disertai berita gembira tentang penghijrahannya ke agama Islam. Menerusi media sosial, rata-rata netizen meluahkan keterujaan mereka selain mengucapkan tahniah kepada Sam yang kini bergelar saudara baharu dalam Islam. Demi mengenali Sam Lim dengan lebih dekat, GLAM Lelaki senaraikan beberapa fakta menarik mengenai pempengaruh digital ini.
#1 Digelar โSultan Cinaโ di TikTok
Sam Lim menerima gelaran ikonik โSultan Cinaโ dalam kalangan netizen selepas siri kandungan TikToknya yang tular, โJanji Kotak Tak Kosongโ pada tahun 2023. Menerusi siri ini, Sam Lim secara spontan menghadiahkan barangan bernilai seperti iPhone dan iPad kepada orang awam di jalanan. Sikap pemurah dan konsep kandungan yang unik menjadikan namanya semakin dikenali ramai.
Baca: PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA
#2 Baru Mendirikan Rumah Tangga
Kehidupan peribadi Sam Lim turut menjadi perhatian apabila dia mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh cantik, Parisa Ardina. Pasangan ini dilaporkan berkenalan selama kira-kira enam bulan sebelum selamat bernikah pada 10 April 2026. Perkahwinan mereka menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikut setia.
#3 Mempunyai 4.1 Juta Pengikut di TikTok
Pada tahun 2026, Sam Lim yang berusia 31 tahun kini memiliki lebih 4.1 juta pengikut di TikTok (@samlimmmm). Sebelum mencipta nama sebagai pempengaruh terkenal, dia sebenarnya aktif di belakang tabir sebagai usahawan digital. Antara bidang yang pernah diceburi termasuk reka bentuk dalaman, pinjaman wang berlesen di Kemboja, restoran vegetarian serta industri penstriman langsung (live streaming).
#4 Memeluk Islam
Satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai ialah penghijrahan Sam Lim ke agama Islam. Dia kini dikenali dengan nama Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah selepas memeluk Islam, dipercayai bersempena dengan perkahwinannya bersama Parisa Ardina. Perubahan ini turut mendapat sokongan dan doa daripada para pengikutnya di media sosial.
Pautan berkaitan: PESONA โGIRL-NEXT-DOORโ: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Cukup ramai personaliti media sosial wanita yang semakin lama semakin meningkat di Malaysia, dengan aura 'Girl-Next-Door' mereka.ย
PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA
Parisa Ardina dikenali dengan personaliti artistik dan tegas, sering menginspirasi wanita melalui pandangannya tentang kehidupan, dan pemerkasaan diri.







