Skip to content

5 GAYA PASANGAN SAM LIM DAN PARISA ARDINA DI INSTAGRAM

5 GAYA PASANGAN SAM LIM DAN PARISA ARDINA DI INSTAGRAM

Kongsikan artikel ini

Gaya pasangan Sam Lim dan Parisa Ardina sesuai dijadikan inspirasi buat pasangan muda yang ingin tampil bergaya dan masih kelihatan matchy.

Pasangan personaliti media sosial, Sam Lim dan Parisa Ardina, kini semakin mencuri perhatian ramai. Bukan sahaja kerana kisah cinta mereka yang menjadi bualan hangat, tetapi juga gaya penampilan yang sentiasa on point setiap kali muncul di Instagram. Baru-baru ini, nama mereka turut meningkat dengan khabar berita perkahwinan yang berlangsung pada 10 April 2026. Sejak hubungan mereka didedahkan kepada umum, setiap perkongsian foto dan video pasangan ini sering dibanjiri komen positif daripada peminat. Mereka turut terinspirasi dengan chemistry pasangan ini yang jelas terpancar.

Apa yang menarik, Sam Lim dan Parisa bukan sekadar tampil sebagai pasangan romantik, tetapi mereka juga dilihat mempunyai sense of style yang seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sama ada dalam gaya beraya bersama, outfit dinner date, mahupun penampilan ketika bercuti, kedua-duanya bijak menggabungkan elemen fesyen yang tampak effortless tetapi tetap bergaya. Mereka seolah-olah memahami estetika masing-masing, lalu mencipta visual yang konsisten dan pleasing di media sosial.

Lebih daripada sekadar pakaian, gaya pasangan ini juga mencerminkan personaliti mereka yang tenang, moden dan tidak berlebihan. Setiap gambar yang dimuat naik bukan sahaja menunjukkan keakraban hubungan mereka. Tetapi, ia juga memberi inspirasi kepada pengikut untuk tampil lebih yakin dengan gaya sendiri. Terutamanya bagi pasangan muda yang ingin tampil serasi tanpa perlu kelihatan terlalu matching.

Dengan aura yang semakin kuat dalam dunia digital, tidak hairanlah jika Sam Lim dan Parisa Ardina kini dilihat sebagai salah satu pasangan influencer yang mempunyai identiti tersendiri dalam fesyen. Jadi, jom kita lihat 5 gaya pasangan ini di Instagram yang paling mencuri perhatian dan boleh dijadikan inspirasi!

#1 Matchy-Matchy Raya

#2 Momen Raya Bersama

Baca:FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM

# 3 Gaya Hari Kekasih Istimewa

#4 Gaya Percutian Couple Look

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Lim (@sam_lim___)

Baca: PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

#5 Hari Istimewa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Lim (@sam_lim___)

Pautan berkaitan: GAYA PASANGAN AWAL ASHAARI & SCHA ALYAHYA PILIHAN GLAM LELAKI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM

FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM

Bacaan Lanjut
PESONA 'GIRL-NEXT-DOOR': KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

Bacaan Lanjut

PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

Bacaan Lanjut