Skip to content

FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM

FAKTA MENARIK TENTANG PEMPENGARUH TERKENAL, SAM LIM

Kongsikan artikel ini

Sam Lim mendapat perhatian di media sosial dengan kandungan uniknya, serta perkahwinannya bersama Parisa Ardina baru-baru ini.ย 

Nama Sam Lim kini semakin hangat diperkatakan di media sosial, khususnya di TikTok. Dengan personaliti yang dermawan dan kandungan yang mencuri perhatian, dia berjaya membina pengaruh yang besar dalam dunia digital. Baru-baru ini, perkhabaran perkahwinan personaliti media sosial, Sam Lim bersama pempengaruh Parisa Ardina mencuri perhatian ramai. Lebih-lebih lagi apabila disertai berita gembira tentang penghijrahannya ke agama Islam. Menerusi media sosial, rata-rata netizen meluahkan keterujaan mereka selain mengucapkan tahniah kepada Sam yang kini bergelar saudara baharu dalam Islam. Demi mengenali Sam Lim dengan lebih dekat, GLAM Lelaki senaraikan beberapa fakta menarik mengenai pempengaruh digital ini.

#1 Digelar โ€˜Sultan Cinaโ€™ di TikTok

Sam Lim menerima gelaran ikonik โ€œSultan Cinaโ€ dalam kalangan netizen selepas siri kandungan TikToknya yang tular, โ€œJanji Kotak Tak Kosongโ€ pada tahun 2023. Menerusi siri ini, Sam Lim secara spontan menghadiahkan barangan bernilai seperti iPhone dan iPad kepada orang awam di jalanan. Sikap pemurah dan konsep kandungan yang unik menjadikan namanya semakin dikenali ramai.

Baca: PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

#2 Baru Mendirikan Rumah Tangga

Kehidupan peribadi Sam Lim turut menjadi perhatian apabila dia mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh cantik, Parisa Ardina. Pasangan ini dilaporkan berkenalan selama kira-kira enam bulan sebelum selamat bernikah pada 10 April 2026. Perkahwinan mereka menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikut setia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Lim (@sam_lim___)

#3 Mempunyai 4.1 Juta Pengikut di TikTok

Pada tahun 2026, Sam Lim yang berusia 31 tahun kini memiliki lebih 4.1 juta pengikut di TikTok (@samlimmmm). Sebelum mencipta nama sebagai pempengaruh terkenal, dia sebenarnya aktif di belakang tabir sebagai usahawan digital. Antara bidang yang pernah diceburi termasuk reka bentuk dalaman, pinjaman wang berlesen di Kemboja, restoran vegetarian serta industri penstriman langsung (live streaming).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sam Lim (@sam_lim___)

#4 Memeluk Islam

Satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai ialah penghijrahan Sam Lim ke agama Islam. Dia kini dikenali dengan nama Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah selepas memeluk Islam, dipercayai bersempena dengan perkahwinannya bersama Parisa Ardina. Perubahan ini turut mendapat sokongan dan doa daripada para pengikutnya di media sosial.

Pautan berkaitan: PESONA โ€˜GIRL-NEXT-DOORโ€™: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PESONA 'GIRL-NEXT-DOOR': KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

Bacaan Lanjut

PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

Bacaan Lanjut