TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
Bulan Mei 2026 menjanjikan barisan kandungan yang pelbagai di Netflix. Daripada siri aksi fantasi, filem animasi penuh emosi, dokumentari legenda sukan, sehinggalah kisah cinta dan misteri yang mendebarkan. Filem dan siri yang sering dinantikan turut hadir pada bulan Mei 2026 di Netflix. Kini, rancangan-rancangan ini lebih mudah diakses apabila ditayangkan di Netflix. Hujung minggu anda semestinya akan dipenuhi sepanjang bulan Mei 2026 ini.
Ini antara judul-judul baharu dari Netflix yang wajib dimasukkan dalam senarai tontonan anda bulan Mei 2026:
#1 Swapped (1 Mei 2026)
Bayangkan seekor makhluk kecil hutan bertukar tubuh dengan seekor burung megah, itulah keunikkan filem Netflix, Swapped. Kedua-duanya terpaksa bekerjasama untuk terus hidup dalam pengembaraan liar yang penuh cabaran. Kisah ini sarat dengan nilai persahabatan dan adaptasi dalam dunia yang tidak dijangka.

#2 My Royal Nemesis (8 Mei 2026)
Seorang penjahat wanita dari era Joseon yang ditakdirkan mati secara tragis tiba-tiba terjaga di Seoul zaman moden. Dalam usahanya mengubah takdir, dia bertemu seorang pewaris (chaebol) yang dingin dan berkuasa. Hubungan mereka mungkin menjadi kunci untuk menulis semula nasibnya.

#3 Village Of The Dead (14 Mei 2026)
Empat sahabat terperangkap dalam sebuah kampung misteri selepas mereka secara tidak sengaja menghina satu persembahan ritual ketika mendaki. Di situ, mereka mendapati manusia dikorbankan demi roh. Ia mencetuskan perjuangan untuk terus hidup dalam suasana seram yang mencengkam.

#4 Soul Mate (14 Mei 2026)
Melarikan diri daripada rasa bersalah, Ryu meninggalkan Jepun menuju Berlin sebelum diselamatkan oleh seorang peninju Korea bernama Johan. Pertemuan singkat ini mengikat takdir mereka selama bertahun-tahun, dalam kisah cinta yang penuh luka, harapan dan penyembuhan.

#5 The WONDERfools (15 Mei 2026)
Sebuah kumpulan penduduk bandar yang agak “pelik” tiba-tiba memperoleh kuasa luar biasa secara tidak sengaja. Dalam suasana panik menjelang kiamat, mereka perlu belajar mengawal kuasa masing-masing sambil berdepan ancaman kejahatan yang semakin meningkat. Siri ini menjanjikan gabungan aksi dan komedi dengan sentuhan nostalgia era lampau.

Baca: 6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
#6 Thariq Ridzuwan: His Treasure (18 Mei 2026)
Kini boleh ditonton di Netflix, kisah seorang pegawai penguat kuasa elit yang diberi peluang kedua dalam percintaan apabila berkahwin dengan cinta lamanya. Namun, tekanan keluarga dan tragedi yang melanda menguji kekuatan hubungan mereka, menjadikan drama ini penuh emosi dan konflik.

#7 Ladies First (22 Mei 2026)
Seorang lelaki yang sombong namun penuh karisma, terkenal dengan gaya hidup mewah, kuasa dan hubungan tanpa komitmen. Dia secara tiba-tiba berdepan kejutan luar biasa apabila dia terbangun di sebuah dunia selari, dunia yang dikuasai sepenuhnya oleh wanita.

#8 Goat (24 Mei 2026)
Filem animasi aksi-komedi daripada Sony Pictures Animation ini mengikuti kisah Will Harris, seekor kambing kecil dengan impian besar. Dia berjaya menyertai pasukan profesional “roarball”, namun perlu membuktikan bahawa saiz bukan penghalang untuk berjaya. Kisah underdog ini pasti memberi inspirasi.

Baca: 5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
#9 A Good Girl’s Guide to Murder: Season 2 (27 Mei 2026)
Adaptasi daripada novel terkenal karya Holly Jackson kembali dengan musim kedua. Siri ini mengikuti seorang pelajar yang menyiasat kes pembunuhan lama, membawa penonton ke dalam misteri gelap yang penuh plot twist dan rahsia mengejutkan.

#10 Rafa (29 Mei 2026)
Dokumentari ini menampilkan perjalanan salah seorang pemain tenis terhebat dunia, Rafael Nadal. Rafa menyelami perjalanan kariernya, legasi yang ditinggalkan, serta musim terakhirnya di gelanggang, memberikan perspektif intim tentang pengorbanan dan kejayaan seorang legenda sukan.

Pautan berkaitan: TONTON 10 FILEM INI SEPANJANG APRIL DAN MEI 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!
Drama di Netflix akan sentiasa bertambah dengan pelbagai pilihan, dan boleh dipilih mengikut genre kesukaan kita untuk dijadikan tontonan.
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
TOP 10 FILEM DI NETFLIX PATUT TONTON BULAN INI
Barisan filem Netflix yang berada di dalam senarai top 10 bulan ini memberi pelbagai genre yang mampu memenuhi malam minggu anda.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.
LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI
The it boy, Jacob Elordi menyerlah di dalam filem terbarunya, Frankenstein yang kini ditayangkan di Netflix.
KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY
Gabungan di antara wajah kacak, pesona semula jadi, dan bakat lakonan yang sedang melonjak naik dalam industri K-Drama, Lee Chae-min.











