ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR
Jenama fesyen ternama, adidas Originals lancarkan koleksi streetwear penuh kecomelan buat haiwan peliharaan tersayang.
adidas Originals melakar langkah berani dengan memperkenalkan koleksi haiwan peliharaan pertama mereka. Mereka menampilkan rangkaian pakaian dan aksesori yang direka khas untuk pencinta gaya dan teman berbulu. Pelancaran ini menandakan evolusi baharu buat jenama ikonik ini. Kini, mereka meneroka kategori gaya hidup yang lebih luas sambil terus memecahkan batasan fesyen konvensional.
Cali Tee
Antara highlight utama ialah CALI TEE, T-shirt sporty klasik untuk haiwan peliharaan yang diperbuat daripada 100% kapas single jersey. Direka dengan sentuhan signature tiga jalur pada bahagian bahu, ia turut menampilkan logo Trefoil dalam bentuk sulaman dan cetakan, memberikan elemen moden yang comel dan bergaya. CALI TEE hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu Ballet Pink, Off-White Blue, Bright Yellow dan Rustic Green. Koleksi ini juga ditawarkan dalam pelbagai saiz bagi memenuhi keperluan haiwan kecil, sederhana dan besar. Ia memastikan setiap anak bulu tampil dengan padanan sempurna.


Kolar
Melengkapkan koleksi ini, aksesori premium turut diperkenalkan dengan sentuhan craftsmanship yang lebih refined. Kolar haiwan diperbuat daripada kulit asli dan hadir dalam dua warna klasik, burgundy dan hitam, dihiasi dengan stud Trefoil berwarna emas serta perincian pendant yang elegan.

Tas Tangan
Beg pembawa haiwan pula direka menggunakan material PU leather, tersedia dalam warna Vintage Brown dan Deep Olive Green. Bahagian dalamnya dihiasi cetakan Trefoil, manakala rekaan tiga jalur diagonal menyerlahkan identiti ikonik jenama ini. Dari segi fungsi, beg ini dilengkapi tingkap sisi boleh gulung dan panel fabrik berpengudaraan di bahagian hadapan bagi memastikan keselesaan optimum untuk haiwan. Ia juga boleh dibawa sebagai beg tangan atau disandang di bahu — menggabungkan praktikaliti dengan estetika street-ready yang sofistikated.

Koleksi haiwan peliharaan adidas Originals ini mula dijual pada 29 April 2026 dengan harga antara RM179 hingga RM569 menerusi laman web rasmi adidas Malaysia serta di beberapa butik terpilih seperti adidas Originals Pavilion Kuala Lumpur, adidas Home of Sport The Exchange TRX, adidas Originals Suria KLCC, adidas Brand Center Sunway Pyramid dan adidas Originals The Campus Ampang.
Dengan pelancaran ini, jelas bahawa dunia fesyen kini bukan lagi eksklusif untuk manusia sahaja — malah haiwan peliharaan juga boleh tampil bergaya seiring pemilik mereka.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HYPERBOOST EDGE KEMBALI DENGAN WARNA BAHARU, LEBIH BERANI DAN DINAMIK
Kembali dengan warna baharu yang lebih ikonik, adidas bawakan semula rekaan kasut popular mereka, Hyperboost Edge yang lebih bergaya.
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
ADIDAS ORIGINALS TAMPIL KOLEKSI EKSKLUSIF UNTUK HAIWAN PELIHARAAN
Adidas Originals kini memperluas empayar streetwear mereka ke dunia haiwan peliharaan. Masa untuk si comel flex bersama anda!
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…











