Skip to content

5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR

5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR

Kongsikan artikel ini

Fasih berbahasa Mandarin, lagu-lagu Layla Sania turut menarik perhatian pelbagai bangsa di dalam dan luar Malaysia. 

Menghiasi digital cover GLAM Lelaki untuk bulan April 2026 yang lalu, Layla Sania is officially one of the GL Girls! Penyanyi cilik dan berbakat ini cukup terkenal dengan bakat nyanyiannya dalam bahasa Mandarin, menjadikan peminatnya hadir dari pelbagai budaya.

Layla Sania Khairuzikri merupakan seorang penyanyi Mandopop dan pop Malaysia berketurunan Melayu yang semakin mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin hadir hasil daripada latar pendidikannya di sekolah aliran Cina sejak tadika sehingga ke peringkat sekolah menengah. Pada usia hanya 23 tahun, Layla sudah mula membina laluan seni yang sukar untuk dikategorikan dalam satu bidang sahaja. Selain bergelar penyanyi, dia turut aktif sebagai pelakon, penghibur multibahasa serta figura yang menjadi jambatan budaya menerusi muzik.

Keikhlasan dan penghargaan budaya yang ditampilkan dalam lagu itu nyata berjaya menyentuh hati ramai pendengar. Selain menerima sambutan hangat di Malaysia, single tersebut turut menarik perhatian pendengar di Taiwan, membuktikan bahawa apresiasi budaya yang dilakukan dengan penuh hormat mampu diterima merentasi negara. Jadi, buat yang ingin mengenali karya Layla Sania, sudah tentu melalui lagu-lagunya.

GLAM Lelaki senaraikan 5 lagu nyanyian Layla Sania yang anda semua patut dengari!

#1 Raya Berseri feat Perry K

#2 新年热闹 Xin Nian Re Nao

Sempena musim perayaan baru-baru ini, Layla tampil dengan satu langkah berani menerusi pelancaran single Tahun Baharu Cina pertamanya berjudul Xin Nian Re Nao, yang membawa maksud “Tahun Baharu Cina yang Meriah”. Lagu Mandarin tersebut mencipta sejarah tersendiri apabila Layla menjadi wanita Melayu pertama yang mencipta, menulis dan merakamkan lagu Tahun Baharu Cina.

Pencapaian itu bukan sekadar manifestasi cita-cita seni, tetapi turut mencerminkan hubungan peribadinya yang mendalam terhadap identiti masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi Layla, muzik adalah medium yang mampu merentasi bahasa, budaya dan sempadan identiti. Keyakinannya menggunakan bahasa Mandarin juga tidak hadir secara kebetulan. Bekas pelajar SMJK Chong Hwa itu mengakui pendidikan aliran Cina banyak membantunya memahami bahasa tersebut dengan lebih mendalam, termasuk aspek budaya dan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina.

#3 巴比诺 Bambino feat. Bunga

#4 停电 Detach

#5 海阔天空 Boundless Oceans, Vast Skies

 

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH '5 UNDER 25', ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026

KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026

Bacaan Lanjut