AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN
Selepas menjadi bualan dan spekulasi ramai, Amira Othman akhirnya hadir dengan berita bahawa dia sedang hamil, menimbulkan kegembiraan ramai.
Spekulasi yang berlegar sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab. Penyanyi dan pelakon Amira Othman mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama suami, Fattah Amin. Penyanyi ini memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah hampir 30 minggu dan dijangka bersalin sama ada pada penghujung Jun atau awal Julai nanti.
“Alhamdulillah, hari ini saya kongsikan bahawa saya sedang hamil selama 30 minggu. Saya mohon doa daripada semua agar dipermudahkan urusan kandungan dan bersalin nanti,” katanya penuh syukur.
Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Mereka mula membuat spekulasi selepas penampilan Amira di sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini. Ia menjadi spekulasi apabila kelihatan perubahan fizikal yang jelas menampakkan ‘baby bump’.
Bagaimanapun, menurut isteri kepada Fattah Amin itu, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan berita gembira tersebut. Sebaliknya, Amira memilih untuk tidak berkongsi terlalu awal demi menjaga privasi dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.
“Bukan saya mahu sorok, tetapi sebagai seorang Islam, untuk perkara yang baru berlaku, saya rasa lebih baik tidak terlalu awal dikongsikan,” ujarnya.
Pengalaman Hamil Amira Othman Berjalan Lancar
Dalam masa sama, Amira turut berkongsi pengalaman sepanjang kehamilannya yang disifatkan berjalan lancar. Namun, dia masih mengalami alahan agak teruk pada trimester pertama. Tetapi, dia bersyukur kerana tidak melalui fasa mengidam yang luar biasa seperti kebanyakan ibu hamil lain.
Berita kehamilan ini tentunya menjadi khabar paling menggembirakan buat pasangan selebriti tersebut. Mereka rumah tangga pada 14 September 2025 yang berlangsung di Sepang, Selangor. GLAM Lelaki turut menghadiri dan mendapat liputan sepanjang majlis pernikahan mereka.
Sejak berkahwin, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi momen kehidupan peribadi bersama peminat di media sosial.
Kini, dengan kehadiran cahaya mata pertama yang bakal tiba tidak lama lagi, ramai peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat Amira dan Fattah agar segala urusan dipermudahkan.
Pautan berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











