Skip to content

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI

Kongsikan artikel ini

Filem Kata Hati bawakan semula genre romantik komedi yang dirindui ramai, ke pawagam pada 4 Jun 2026 akan datang!

Malaysia sudah lama tidak disajikan dengan filem romantik komedi. Antara filem romantik komedi yang ikonik di Malaysia ialah Sejoli Misi Cantas Cinta, Istanbul Aku Datang, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan banyak lagi. Kini setelah sekian lama, Kata Hati hadir buat peminat-peminat rom-com di Malaysia pada 4 Jun 2026 ini. Ia merupakan sebuah naskhah arahan Nadiah Hamzah. Filem ini menggabungkan elemen cinta, emosi dan dunia glamor selebriti dalam sebuah penceritaan yang dekat dengan realiti masa kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kata Hati the Film (@katahatithefilm)

Filem ini menampilkan gandingan segar Nia Atasha dan Yusof Hashim sebagai teraju utama. Selain itu, Fazziq Muqris, dan Scha Al-Yahya juga antara yang bakal menyerikan lagi filem ini. Kata Hati mengisahkan perjalanan hidup Ayra Natasha, seorang pelakon wanita yang sedang berada di puncak populariti. Kehidupannya kelihatan sempurna apatah lagi selepas membintangi filem aksi berskala besar bersama teman lelakinya yang juga aktor terkenal, Zayn Mikhail (Fazziq Muqris). 

Konflik Yang Berlaku Kepada Ayra

Namun, segalanya berubah apabila satu insiden memalukan yang tular ketika malam pencalonan anugerah berprestij menyebabkan kehidupan Ayra mula retak sedikit demi sedikit. Dalam kekalutan tersebut, Ayra dipertemukan dengan Imran Firdaus, seorang pemandu e-hailing yang langsung tidak memandang dirinya sebagai seorang selebriti.

Pertemuan tidak dijangka itu menjadi titik permulaan kepada hubungan yang perlahan-lahan berkembang menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Selepas sekeping gambar mereka menjadi tular, Imran bersetuju dengan rancangan Maya (Scha Alyahya), kakak serta pengurus Ayra. Imran bersetuju untuk menjadi pemandu peribadi Ayra sepanjang 25 hari penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nia 🦙 (@sleepylllama)

Di situlah bermulanya bibit-bibit cinta yang membuatkan Ayra mula mengenali dirinya yang sebenar di sebalik populariti dan perhatian umum. Untuk pertama kali, dia bertemu seseorang yang melihat dirinya sebagai manusia biasa, bukan sekadar figura terkenal. Namun, Ayra akhirnya perlu membuat pilihan yang sukar. Antara memilih cinta tulus bersama Imran atau terus bersama Zayn yang menawarkan kehidupan penuh glamor, kestabilan dan pengaruh dalam industri hiburan.

Selain barisan pelakon utama, Kata Hati turut menampilkan penampilan istimewa daripada Beto Kusyairy, Nabila Huda, Liyana Jasmay dan Ceddy Ang. Sementara itu, OST buat filem ini turut dinyanyikan oleh band empty page., berjudul Luluh. Luluh kini sudah tersedia di platform muzik untuk didengari. Gabungan lakonan dari pelakon utama serta suara dari empty page. yang melengkapkan lagi filem ini sudah kedengaran ikonik.

Dengan gabungan elemen romansa moden, komedi ringan dan konflik emosi yang relatable, Kata Hati dilihat sebagai antara filem yang berpotensi menghidupkan semula genre romantik komedi Malaysia ke layar perak.

Pautan berkaitan: 6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut
sky iskandar glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut