Skip to content

TALK TO MY MANAGER 2: SENARAI PEMENANG MUSIM INI!

TALK TO MY MANAGER 2: SENARAI PEMENANG MUSIM INI!

Kongsikan artikel ini

Talk To My Manager 2 telah berakhir dengan barisan pemenang yang sentiasa menjadi kesukaan penonton setiap minggu program ini.

Musim kedua program realiti hiburan Talk To My Manager akhirnya melabuhkan tirai dengan sebuah pentas final yang penuh debaran, emosi dan momen-momen menghiburkan. Sepanjang musim ini, penonton disajikan dengan dinamika unik antara selebriti dan pengurus mereka. Mereka bukan sahaja memperlihatkan bakat, malah chemistry, strategi serta kepercayaan antara kedua-dua pihak.

Program ini berjaya mencuri perhatian ramai kerana konsepnya yang segar. Ia menampilkan hubungan artis dan pengurus, juga ibu bapa mereka di sebalik tabir industri hiburan. Setiap episod memperlihatkan cabaran yang menguji keserasian, komunikasi dan kebolehan mereka bekerja sebagai satu pasukan. Ada yang tampil penuh drama, ada yang mencuit hati, dan tidak kurang juga yang memberi inspirasi.

Episod terakhir menyaksikan persaingan sengit antara pasangan-pasangan terbaik musim ini. Masing-masing memberikan persembahan terakhir yang cukup memukau. Setelah melalui pelbagai cabaran dan undian, gelaran juara akhirnya menjadi milik Adira & Anggrek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Tetamu Jemputan Membuat Persembahan Bersama Finalis

Malam kemuncak Talk To My Manager 2 turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan tetamu jemputan yang bergandingan bersama para finalis. Anggrek tampil memukau bersama Aisha Retno, manakala Hussain berduet dengan Datin Aliyah dalam persembahan yang penuh emosi. Cik B pula membawa energi luar biasa apabila bergabung dengan MK dari K-Clique, sementara Azeva berkongsi pentas dengan Hafiz Suip menerusi vokal bertenaga yang memukau penonton. Tidak ketinggalan, Kim Khairii turut menyerlah bersama Aman RA dalam persembahan yang cukup menghiburkan. Gandingan para finalis bersama artis-artis jemputan ini menambahkan lagi kemeriahan episod akhir dan menjadikan pentas final lebih spektakular.

Si Cilik, Anggrek Menjadi Pemenang Utama Talk To My Manager 2

Kemenangan mereka membuktikan kekuatan kerjasama yang kukuh sepanjang pertandingan. Anggrek yang sememangnya mempunyai dengan aura bintang di pentas, digandingkan dengan ibunya, Adira yang bijak mengatur strategi, menjadikan mereka pasangan yang sukar digugat sejak awal musim lagi. Persefahaman dan keserasian mereka jelas menjadi faktor utama kejayaan.

Tempat Naib Juara pula dimenangi oleh Jamilulhayat & Hussain, yang turut mencuri perhatian ramai dengan komitmen serta konsistensi mereka sepanjang pertandingan. Malah, pasangan ini juga membawa pulang anugerah khas Manager Paling Perform.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anggrek Adenan (@anggrek_adenan)

Di tempat ketiga, pasangan sensasi Datuk Seri Vida & Cik B terus membuktikan aura mereka apabila menerima Anugerah Manager Paling Loud & Proud. Seperti dijangka, duo ibu dan anak ini sentiasa mencuri perhatian dengan personaliti besar dan energi luar biasa yang menghidupkan pentas.

Tempat keempat menjadi milik Datuk A. Aida & Azeva, yang turut membawa pulang anugerah Manager Paling “I Don’t Care, I Want It, I Got It”. Ia merupakan satu pengiktirafan yang cukup menggambarkan karakter mereka yang berani dan penuh keyakinan.

Sementara itu, tempat kelima diraih oleh Safura & Kim Khairii, yang menerima Anugerah Manager Paling Trust The Process. Mereka membuktikan bahawa kesabaran dan kepercayaan terhadap perjalanan mampu menghasilkan keputusan yang membanggakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S (@syukeryfitri)

Selain itu, Anugerah Kasih Eskayvie turut diberikan kepada Adira & Anggrek, sekali gus menambah manis kemenangan mereka pada malam penuh gemilang tersebut.

Secara keseluruhannya, Talk To My Manager 2 berjaya memberikan hiburan berkualiti dengan gabungan elemen humor, drama, persaingan dan persahabatan. Program ini bukan sahaja mengangkat bakat para selebriti, tetapi turut menonjolkan peranan penting seorang pengurus dalam perjalanan seni seseorang artis.

Senarai penuh pemenang Talk To My Manager 2 :

Juara: Adira & Anggrek

Naib Juara: Jamilulhayat & Hussain

Tempat Ke-3: Datuk Seri Vida & Cik B (Anugerah Manager Paling Loud & Proud

Ke-4: Datuk A.Aida & Azeva (Anugerah Manager Paling I Don’t Care, I Want It, I Got It )

Ke-5: Safura & Kim Khairii (Anugerah Manager Paling Trust The Process)

Manager Paling Perform: Jamilulhayat & Hussain (Cruise Travel & RM1010.10)

Anugerah Kasih Eskayvie:   Adira & Anggrek (RM10,000)

Dengan sambutan hangat daripada penonton, ramai kini tertanya-tanya — adakah musim ketiga bakal kembali dengan lebih banyak kejutan?

Pautan berkaitan: TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

Bacaan Lanjut