Skip to content

MONTBLANC MENGANGKAT SENI KEMBARA MODEN MENERUSI KOLEKSI KULIT MUSIM LURUH 2026

Kongsikan artikel ini

Bagi musim musim luruh 2026, Montblanc sekali lagi membuktikan kepakarannya dalam menggabungkan seni pertukangan, fungsi dan estetika menerusi koleksi aksesori kulit terbaharunya.

Di bawah pengarahan artistik Marco Tomasetta, jenama mewah ini memperkenalkan rangkaian yang meraikan gaya hidup moden dengan rekaan lebih lembut, versatil dan sofistikated. Sambil mengekalkan DNA Montblanc yang sinonim dengan dunia penulisan, pengembaraan serta ketelitian pertukangan.

Menampilkan siluet yang lebih santai dengan binaan kulit yang lembut, koleksi musim ini diperkaya dengan palet warna yang diinspirasikan daripada alam semula jadi. Nuansa Ebony, Bauxite, Red Oak dan Honey bukan sahaja memberikan karakter yang lebih hangat, malah menyerlahkan keindahan material premium yang menjadi identiti jenama ini.

Sorotan utama musim ini ialah pengembangan koleksi Writing Traveler, yang diterjemahkan sebagai simbol kreativiti untuk mereka yang sentiasa bergerak. Direka sebagai teman perjalanan moden, setiap rekaan mengimbangi kepraktisan dan kemewahan dalam satu ekspresi yang cukup elegan.

Corak Extreme: Kekuatan dalam Kelembutan

Musim ini, Montblanc memberikan interpretasi baharu kepada corak ikonik Extreme dengan menggunakan kulit anak lembu (smooth calfskin) yang lebih lembut dan fleksibel. Transformasi ini menampilkan sisi lebih sofistikated tanpa menghilangkan karakter berani. Yang menjadi identiti koleksi tersebut. Hasilnya ialah gabungan sempurna antara kekuatan reka bentuk dan keselesaan untuk gaya hidup moden.

Antara sorotan utama ialah Montblanc Panorama Weekender dalam rona hitam yang hadir dengan siluet lebih santai, sesuai dijadikan teman perjalanan hujung minggu mahupun kegunaan harian. Turut diperkenalkan ialah Montblanc Panorama Backpack, tersedia dalam beberapa pilihan saiz, yang mengimbangi struktur kemas dengan binaan lembut untuk keselesaan maksimum ketika bergerak.

Dalam masa yang sama, koleksi Art of the Desk terus berkembang dengan pengenalan bentuk baharu serta pilihan warna yang lebih mewah, melengkapkan ruang kerja kontemporari dengan sentuhan elegan yang menjadi signatur Montblanc.

Lebih daripada sekadar aksesori, koleksi musim luruh 2026 memperlihatkan komitmen Montblanc dalam menghasilkan rekaan yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi turut memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.

Ia merupakan manifestasi keseimbangan antara tradisi pertukangan, inovasi moden dan ekspresi peribadi. Menjadikan setiap item kulit sebagai teman setia dalam setiap perjalanan dan setiap cerita yang ingin ditulis.

Artikel berkaitan: AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ERA BAHARU PENULISAN DARI MONTBLANC

ERA BAHARU PENULISAN DARI MONTBLANC

Bacaan Lanjut

NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut

BUTIK BAHARU MONTBLANC BERKONSEPKAN NEO 4.0

Bacaan Lanjut
montblanc legend blue

EMRAN RIJAL DISAMBUT SEBAGAI AYAH DENGAN HARUMAN IKONIK MONTBLANC LEGEND BLUE

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut