Anugerah Golden Boot sentiasa menjadi perhatian ramai selain daripada permainan yang berlangsung sepanjang musim FIFA World Cup 2026.
Setiap edisi Piala Dunia FIFA bukan sahaja menyaksikan perebutan trofi paling berprestij dalam bola sepak, malah turut mengiktiraf pemain-pemain terbaik menerusi pelbagai anugerah individu. Antara yang paling menjadi perhatian ialah Golden Boot, iaitu anugerah yang diberikan kepada penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan. Golden Boot, yang dahulunya dikenali sebagai Golden Shoe, merupakan pengiktirafan rasmi FIFA buat pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dalam satu edisi Piala Dunia.
Walaupun rekod penjaring terbanyak telah direkodkan sejak kejohanan pertama, anugerah rasmi ini hanya mula diperkenalkan pada Piala Dunia 1982 dengan nama Golden Shoe sebelum ditukar kepada Golden Boot pada tahun 2010. Dalam situasi dua atau lebih pemain menamatkan kejohanan dengan jumlah jaringan yang sama, FIFA menggunakan beberapa kriteria untuk menentukan pemenang.
Selain Golden Boot, FIFA turut mengurniakan Silver Boot kepada penjaring kedua terbanyak dan Bronze Boot kepada penjaring ketiga terbanyak sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang mereka sepanjang kejohanan. Sepanjang sejarah Piala Dunia, anugerah Golden Boot telah menjadi simbol kehebatan penyerang-penyerang terbaik dunia. Nama-nama legenda seperti Eusébio, Gary Lineker, Ronaldo Nazário dan Miroslav Klose, juga pernah mengukir nama sebagai penjaring terbanyak edisi masing-masing.
Lebih daripada sekadar jumlah gol, Golden Boot mencerminkan ketajaman penyudah, konsistensi serta kemampuan seseorang pemain untuk tampil cemerlang di pentas terbesar bola sepak dunia. Ia kekal sebagai antara pencapaian individu paling berprestij yang diimpikan setiap penyerang yang beraksi di Piala Dunia FIFA. Tahun ini, anugerah ini diraih oleh Kylian Mbappé, dengan jaringan paling banyak sepanjang zaman, 10 jaringan. Kylian Mbappé turut menjadi penerima Anugerah Golden Boot FIFA World selama dua musim berturut-turut.
Berikut merupakan 10 penerima Anugerah Golden Boot oleh FIFA World Cup, bersama jumlah gol mereka sepanjang zaman.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.