Skip to content

KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY

KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY

Kongsikan artikel ini

Ugly Pretty mencuri perhatian dengan koleksi It’s Colourfully Bad, dipenuhi dengan keajaiban di atas runway pada hari kedua KLFW 2026.

Untuk hari kedua KLFW 2026, antara jenama utama yang mendapat perhatian GLAM Lelaki ialah Ugly Pretty. Sejak membuat kemunculan debut mereka di KL Fashion Week 2025 dengan koleksi Stupid Fantasy, mereka teruskan dengan koleksi yang penuh whimsical dan berbeza dari jenama lain. Tahun ini, Ugly Pretty hadir dengan koleksi berjudul It’s Colourfully Bad. Ia sebuah himpunan yang meraikan keberanian warna, ekspresi diri dan estetika yang sengaja mencabar norma fesyen konvensional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

GLAM Lelaki Di Belakang Pentas

Bagi melihat sendiri proses di sebalik koleksi It’s Colourfully Bad, GLAM Lelaki berpeluang berada di belakang pentas Ugly Pretty sebelum pertunjukan bermula. Di sinilah segala kesibukan dan kreativiti bersatu dalam suasana yang penuh adrenalin. Pereka, Daren Yeap bersama pasukannya bekerja tanpa henti menyiapkan 12 look yang bakal menghiasi pentas peragaan. Mereka memastikan setiap helaian, aksesori dan sentuhan akhir berada dalam keadaan sempurna sebelum melangkah ke runway.

klfw 2026 ugly pretty

Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu lambakan warna-warna berani, skirt tutu, gaun mini serta siluet yang cukup eksentrik memenuhi ruang belakang pentas. Namun, satu momen yang benar-benar membuatkan kami tidak sabar menanti pertunjukan ialah apabila Daren mengeluarkan sehelai gaun biru sarat perincian berkilauan. Dari situ sahaja, kami sudah dapat membayangkan impak visual yang bakal tercipta di atas pentas. Walaupun sering digambarkan sebagai suasana yang kelam-kabut, bagi GLAM Lelaki, kekecohan di belakang pentas inilah yang menjadi nadi sebenar Kuala Lumpur Fashion Week.

klfw 2026 ugly pretty

Model Yang Mencuri Perhatian

Selain koleksi yang dipersembahkan, barisan model turut menjadi antara tarikan utama pertunjukan Ugly Pretty. Ketika berada di belakang pentas, GLAM Lelaki sempat bertemu beberapa wajah yang tidak asing lagi dalam industri seperti Muqh Mazelan, Rhy, Dyllon, Amir Iskandar dan Roanne.

klfw 2026 ugly pretty

Dalam masa sama, pertunjukan ini turut mengetengahkan beberapa personaliti yang mencuri perhatian. Antaranya ialah Lil Asian Thiccie, penyanyi dan penulis lagu tempatan yang tampil memperagakan salah satu look daripada koleksi tersebut. Pertunjukan dibuka oleh Mila (@mimiuanz), yang memukau dengan gaun dramatik hitam putih bersaiz besar. Kemunculannya sekali gus menetapkan nada berani dan eksperimental yang menjadi identiti utama Ugly Pretty musim ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ugly Pretty (@__________uglypretty)

Dan itu sahaja untuk hari kedua KLFW 2026. GLAM Lelaki akan kembali dengan berita tentang menswear pada hari ketiga, bersama jenama seperti Emri yang bakal membuat kemunculan sulung. Selain itu, Outdwell, Taguruwa serta Kitwoo sebagai penutup hari ketiga. See you!

Pautan berkaitan: KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RECAP KLFW 2025: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25

Bacaan Lanjut