5 ARTIS LELAKI “DUDA HOT” YANG TERUS JADI PERHATIAN
Status sebagai duda bukan bermakna perjalanan seorang lelaki dalam dunia seni terhenti. Malah, bagi sesetengah selebriti, fasa baharu kehidupan hadir bersama sisi yang lebih matang, yakin dan menyerlah. Dalam dunia hiburan kita, beberapa nama artis lelaki yang pernah melalui alam rumah tangga terus menjadi perhatian peminat, bukan sahaja kerana penampilan. Tetapi juga bakat serta perkembangan kerjaya mereka.
Hisyam Hamid
Hisyam Hamid misalnya, semakin menyerlah dengan imej lelaki matang yang hadir dengan aura tersendiri. Selepas mencuri perhatian menerusi lakonannya dalam Ikatan Terlarang, Hisyam dilihat terus berevolusi sebagai anak seni, termasuk berani meneroka karakter dan sisi baharu dalam kerjayanya.

Foto: Hisyam Hamid
Que Haidar
Que Haidar pula dilihat semakin aktif dalam bidang komersial, langsung memperlihatkan sisi lain dirinya selain sebagai pelakon. Namanya turut menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan Fazura, mencetuskan tanda tanya serta rasa ingin tahu dalam kalangan peminat. Namun, di sebalik perhatian tersebut, Que dilihat terus fokus mengembangkan kerjaya dan memperkukuh kedudukannya dalam industri kreatif.

Foto: Que Haidar
Kamal Adli
Kamal Adli pula membuka lembaran baharu dalam kerjayanya apabila dipilih sebagai hos baharu program hiburan, Melodi. Peralihan daripada dunia lakonan kepada dunia pengacaraan memperlihatkan sisi berbeza Kamal sebagai anak seni yang serba boleh. Dengan personaliti bersahaja dan pengalaman luas dalam industri hiburan, tanggungjawab baharu ini pastinya memberi ruang buat Kamal menyerlah sebagai pengacara pula.
Aktif di platform Threads, Kamal memiliki pengikut tersendiri sehingga ada yang menggelarnya ‘Raja Threads’. Sikapnya yang gemar membalas komen, berinteraksi dengan pengikut serta berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara menjadikan akaunnya lebih dekat dengan peminat.

Foto: Kamal Adli
Alif Aziz
Alif Aziz pula kembali mencuri perhatian selepas agak sepi daripada projek seni sejak kebelakangan ini. Penyanyi dan pelakon itu kini membuka lembaran baharu apabila muncul dalam pementasan teater Mansur dan Liu. Menghidupkan kembali sisi seninya di pentas persembahan. Kemunculan tersebut pastinya dinantikan peminat yang mahu melihat Alif kembali aktif dan membuktikan kemampuan sebagai anak seni.

Foto: Aliff Aziz
Yusuf Bahrin
Yusuf Bahrin pula semakin terbuka berkongsi sisi dirinya kepada pengikut, membolehkan peminat mengenali personalitinya dengan lebih dekat. Dalam masa sama, kerjaya lakonannya terus bergerak apabila tampil dalam beberapa naskhah termasuk drama Anom Suraya bersama Daiyan Trisha. Perkembangan ini memperlihatkan Yusuf berada dalam fasa yang semakin matang sebagai anak seni. Baik dari segi keterbukaan berkomunikasi dengan peminat mahupun keberaniannya meneroka karakter.

Foto: Yusuf Bahrin
Artikel berkaitan: 7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.
DAIYAN TRISHA BINTANGI DRAMA ANOM SURAYA ADAPTASI NOVEL KARYA IBUNYA
Julai ini, Daiyan Trisha akan muncul dalam drama terbaharu, Anom Suraya bersama dua hero hangat iaitu Idris Khan dan Yusuf Bahrin.
JAZMY JUMA DAN ANNA JOBLING BAWA WATAK UTAMA DALAM “YES! CAPTAIN ZUL AARYAN”
Jazmy Juma akan muncul dalam drama terbaharu bertajuk Yes! Captain Zul Aaryan. Bergandingan dengan Anna Jobling dan ia bakal mencetus fenomena baharu.
KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH
kmal Amry antara pelakon yang memiliki pakej lengkap. Imbas filem dan drama yang pernah menampilkan Ikmal Amry sebagai pelakon utama.
SYAFIQ KYLE BAWA WATAK ‘MAT MOTOR’ DALAM MALAIKAT MALAM
Tahun ini, Syafiq Kyle memulakan langkah menerusi filem Malaikat Malam. Bergandingan dengan pelakon sedang meningkat naik, Tracie Sinidol.
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.











