Skip to content

zizi kirana

7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN

Kongsikan artikel ini

Nama Yusuf Bahrin bukanlah asing dalam dunia hiburan tempatan. Wajah kacak dan bakat lakonan yang semakin menyerlah menjadikan dia antara pelakon yang kerap membintangi banyak naskhah. Termasuk drama tv dan filem. Jika anda baru mengenali Yusuf atau ingin tahu lebih banyak tentangnya, berikut 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB (@yusuf_bahrin)

Bermula sebagai model iklan

Sebelum bergelar pelakon, Yusuf memulakan langkahnya dalam industri hiburan sebagai model. Penampilan dan gaya yang kemas menjadikan Yusuf pilihan untuk beberapa jenama tempatan dan iklan komersial sebelum beralih ke dunia lakonan.

Pelakon drama yang hebat

Namanya mula menjadi sebutan dan perhatian setelah membintangi beberapa drama popular seperti Bidadari Salju dan Rindu Awak Separuh Nyawa. Selain itu, kecemerlangan lakonan Yusof falam filem The Lord Musang King juga meraih pujian. Sehingga berjaya tercalon dalam kategori ‘Pelakon Lelaki Harapan’ di Festival Filem Malaysia 2024. 

Berkebolehan dalam seni pertahanan diri

Selain berlakon, Yusuf juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Yusuf pernah berkongsi bahawa latihan ini membantunya dari segi disiplin dan juga stamina untuk berlakon dalam adegan aksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB (@yusuf_bahrin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB (@yusuf_bahrin)

Suami kepada Zizi Kirana

Yusuf mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana pada 2021. Namun, baru ini terdapat beberapa khabar yang mengatakan rumah tangga mereka sedang mengalami masalah. Namun, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Yusuf menulis ucapan penuh harapan dan penghargaan kepada Zizi di media sosial. 

Pernah viral kerana berpersonaliti sopan

Yusuf pernah tular di media sosial kerana personalitinya yang lembut dan sopan, terutama ketika ditemubual media. Ramai peminat memuji cara percakapannya yang beradab dan menghormati orang sekeliling.

Menjaga privasi

Walaupun dikenali ramai, Yusuf seorang selebriti yang menjaga privasi. Yusuf jarang berkongsi hal-hal peribadi secara terbuka, dan lebih selesa bercakap tentang kerjaya berbanding kisah peribadi.

Artikel berkaitan: GENERASI: PERFECT 10 — DUA GENERASI, SATU SEMANGAT: ARABELLA ELLEN DAN FARAH ANN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut