GENERASI: PERFECT 10 — DUA GENERASI, SATU SEMANGAT: ARABELLA ELLEN DAN FARAH ANN
Generasi: Perfect 10, Arabella Ellen binti John Robert Nelson ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula apabila beliau dinobatkan sebagai naib juara Dewi Remaja 2023, dan kejayaannya dalam bidang lakonan hadir menerusi wataknya sebagai Iris Sofea dalam drama Dari Mata Turun Ke Hati. Sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan, Arabella Ellen sebenarnya merupakan bekas atlet gimnastik negara dan pernah menjadi junior kepada Farah Ann Abdul Hadi. Malah, beliau pernah dijadualkan untuk mewakili Malaysia di Sukan Asia Tenggara, namun terpaksa melupakan impian itu akibat kecederaan yang dialaminya.
WAJAH BAHARU YANG MENCURI PERHATIAN
Generasi: Perfect 10, Arabella membawa watak Victoria Zahra, seorang gimnas muda yang berdisiplin tinggi dan bercita-cita besar. Lakonannya yang penuh emosi dan disiplin itu membuat ramai penonton mengaitkan dirinya dengan Farah Ann. Bukan sekadar kerana sejarah sukan yang sama, tetapi juga kerana aura dan wajah mereka yang dikatakan seiras. Persamaan itu menjadi bualan hangat di media sosial, menjadikan nama Arabella antara sebutan paling hangat di kalangan peminat drama tempatan.

PERSAMAAN YANG TAK DISENGAJAKAN
Perbandingan antara Arabella dan Farah Ann bukan sekadar soal rupa paras, tetapi pada cara mereka membawa diri. Arabella dengan kelembutan geraknya, tatapan mata yang fokus, serta ekspresi yakin ketika beraksi di gelanggang, seolah-olah menggambarkan semangat dan disiplin seorang atlet sebenar. Walaupun Arabella bukan seorang gimnas profesional, dedikasinya dalam menjiwai watak Victoria Zahra terasa sangat ‘asli’. Setiap pergerakan, jatuh, dan bangkit yang dilakonkan seperti membawa pantulan kisah sebenar perjuangan Farah Ann dalam dunia gimnastik. Tidak hairan ramai penonton berkata, jika kisah hidup Farah Ann difilemkan, Arabella Ellen adalah pilihan yang ideal untuk menghidupkan watak itu.

Menariknya, Farah Ann turut terlibat secara langsung dalam produksi Generasi: Perfect 10, bukan sekadar sebagai figura rujukan. Sentuhan dan pengalamannya sebagai gimnas profesional menjadikan setiap babak di atas beam terasa lebih autentik dan beremosi. Lakonan Arabella Ellen sebagai Victoria pula menjadi pantulan sempurna kepada semangat Farah Ann. Keberanian, disiplin, dan keanggunan yang lahir daripada pengalaman sebenar seorang atlet. Gabungan kedua-dua figura ini menjadikan Generasi: Perfect 10 lebih daripada sekadar drama kesukanan.
Generasi: Perfect 10 bukan sekadar drama tentang gimnastik. Ia adalah kisah tentang perjuangan, keyakinan, dan pencarian makna kesempurnaan yang sebenar. Melalui lakonan Arabella Ellen sebagai Victoria Zahra Hadi, semangat Farah Ann seakan hidup kembali di layar. Ia bahkan menjadi simbol bahawa keanggunan sejati bukan datang dari kemenangan semata-mata, tetapi dari keberanian untuk bangkit setiap kali terjatuh. Dalam dunia yang mendambakan kesempurnaan, Generasi: Perfect 10 mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bermula apabila kita berani untuk menjadi diri sendiri.

Artikel Berkaitan: MEET ALPHA: BINTANG BARU M-POP MALAYSIA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











