DUNIA NYATA DAN IMAGINASI BERMADU DALAM NIGO: G-SHOCK SOUVENIR COLLECTION
CASIO menyemarakkan lagi siri koleksi G-SHOCK dengan memperkenalkan kolaborasi bersama NIGO.
CASIO, pengeluar elektronik multinasional yang luas dikenali dengan rekaan jam tangan, memperkenalkan NIGO: G-SHOCK SOUVENIR COLLECTION, hasil kolaborasi bersama pereka fesyen jepun, NIGO. Koleksi ini menampilkan tata barisan item cenderahati yang direka khas buat para pengumpul.
Teras imaginasi mengaburi dunia nyata, dimana empat karakter, GORO, ROCK, WANG-TENG, dan DUNO, ‘bekerja’ di ‘makmal CASIO’. Karakter-karakter ini seterusnya dijadikan figurine serta inspirasi motif busana. Setiap figura dibungkus secara individu dan boleh dipamerkan sama ada dalam pembungkusan asalnya atau pada rak khusus, menghadirkan tambahan tersendiri bagi mana-mana ruang dalaman.

Pek Figurine Goro.
Karakter-karakter dihiasi aksen vintaj dan dijadikan motif busana. T-shirt tersedia dalam warna hitam, putih, dan kelabu, warna neutral yang memudahkan penggayaan harian. Dibelakangnya pula terletak huruf G, yang juga merupakan ‘bentuk ekor’ bagi figura fiksi dan menjadi tambahan aksen playful bagi musim panas.

Kemeja T, tersedia dalam tiga warna.
Motif yang sama juga kemudiannya dicetak pada bandana dan beg tote NIGO: G-SHOCK SOUVENIR COLLECTION. Bandana diperbuat daripada kapas ringan, menampilkan cetakan grafik menyeluruh. Rekaannya boleh dipakai, dibungkus, atau dipamer. Sementara itu, beg tote kanvas durable melampirkan palet mudah bagi setiap gaya. Saiz 12 oznya selesa memuatkan aneka barang, menawarkan reka bentuk yang lasak dan sesuai untuk kegunaan harian dan gaya hidup aktif.
Artikel berkaitan: MONTBLANC MENGANGKAT SENI KEMBARA MODEN MENERUSI KOLEKSI KULIT MUSIM LURUH 2026
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK
Casio Computer Co., Ltd. telah melancarkan Casio Ring Watch CRW-001, jam tangan gaya cincin pertama syarikat ini.
6 JAM TANGAN MAMPU MILIK DIGEMARI SELEBRITI YANG ANDA BOLEH MILIKI
Jam tangan mampu milik ini bukan sekadar aksesori tetapi lambang gaya peribadi yang unik.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53
Hampir setahun berpisah, Shakira melancarkan lagu terbaharu sebagai tindakan balas dendam terhadap kecurangan Gerard Pique.
CASIO LANCAR MODEL KOLABORASI DENGAN HONDA RACING SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 EDIFICE
odel baharu ini melambangkan kolaborasi ketiga antara Honda Racing dan EDIFICE dan berkongsi semangat yang berkobar-kobar terhadap keupayaan teknologi tinggi.
CASIO EDIFICE EQB-800 DINAMIK UNTUK PERLUMBAAN
Model terkini Edifice berilhamkan sukan permotoran, jam analog dibingkis Casio siap dengan fitur connected engine untuk telefon pintar.











