Skip to content

GLAM LELAKI OGOS 2026 BERSAMA PENINJU MUAY THAI, KABILAN JELEVAN

Kongsikan artikel ini

Di sebalik ketangkasan Kabilan di gelanggang Muay Thai, tersimpan kisah pengorbanan, kekalahan dan ketabahan yang membentuk dirinya sebagai seorang atlet. Demi keluarga, terutama ibunya, Kabilan menjadikan setiap cabaran sebagai dorongan untuk bangkit lebih kuat. Sambil menekankan kepentingan disiplin, kekuatan mental dan kepercayaan terhadap persiapan diri. Ini merupakan kali pertama GLAM Lelaki memotretkan Kabilan Jelevan untuk muka hadapan. 

kabilan glam lelaki

Blazer, COS

Apabila Kabilan melihat kembali perjalanan dari awal mengenali Muay Thai sehingga ke tahap sekarang, apakah detik yang paling mengubah cara Kabila melihat diri sendiri sebagai seorang atlet?

Apabila saya mula melalui pelbagai cabaran dan tekanan dalam Muay Thai. Saya sedar saya bukan berjuang untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk keluarga, terutama ibu saya. Kejayaan dalam Muay Thai bagi saya adalah peluang untuk membantu ibu dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga. Itu yang membuatkan saya terus kuat dan tidak mudah berputus asa.

Dalam Muay Thai, kekalahan boleh menjadi sangat sukar untuk diterima. Pernahkah Kabila mengalami kekalahan yang benar-benar memberi kesan kepada diri sendiri?

Ya, pernah. Setiap kekalahan memang sakit, terutama apabila kita sudah berikan segala- galanya dalam latihan. Tapi saya cuba jadikan kekalahan sebagai pengajaran, bukan alasan untuk berputus asa. Dari situ saya belajar kenal kelemahan diri dan kembali lebih kuat. Bagi saya, kekalahan adalah sebahagian daripada perjalanan untuk menjadi atlet yang lebih baik.

kabilan

Jaket kulit & seluar, COACH

Bagaimana Kabilan bangkit dan apa yang dipelajari daripada pengalaman itu?

Saya cuba terima kekalahan itu dan jadikan ia sebagai motivasi untuk perbaiki diri. Saya belajar bahawa dalam Muay Thai, bukan hanya kekuatan yang penting, tetapi mental, disiplin dan konsistensi. Setiap kekalahan buat saya lebih matang dan lebih bersedia.

kabilan glam lelaki

Ramai orang melihat atlet hanya ketika berada di gelanggang, tetapi tidak melihat pengorbanan di belakang tabir. Apakah pengorbanan terbesar yang Kabila lakukan untuk mengejar kerjaya dalam Muay Thai?

masa dan kehidupan harian. Banyak perkara yang terpaksa saya korbankan, termasuk masa bersama keluarga, kawan-kawan dan keselesaan diri. Latihan yang panjang, menjaga pemakanan dan disiplin setiap hari memang bukan mudah. Tapi saya sanggup lakukan semua itu kerana saya mahu berjaya

Bagaimana Kabilan menghadapi tekanan sebelum sesuatu perlawanan, terutamanya apabila harapan daripada jurulatih, keluarga, penyokong atau diri sendiri begitu tinggi?

Saya cuba untuk tidak terlalu fikirkan tekanan atau harapan orang lain. Saya fokus kepada apa yang saya boleh kawal latihan, disiplin dan persediaan. Saya anggap sokongan daripada jurulatih, keluarga dan penyokong sebagai motivasi, bukan tekanan. Bila masuk gelanggang, saya cuma fikir untuk berikan yang terbaik dan percaya pada persiapan saya.

Top, LEVI’S

kabilan glam lelaki muay thai

Kemeja T, COACH

Adakah pernah sampai satu tahap Kabilan terfikir untuk berhenti daripada Muay Thai?

Ya, pernah. Pada tahun 2019, saya pernah terfikir untuk berhenti sebab ketika itu pendapatan daripada Muay Thai masih kecil dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan saya. Selepas setiap perlawanan, saya juga perlu menanggung sendiri kos rawatan. Memang susah pada masa itu, tetapi saya tetap bertahan kerana saya percaya dengan perjalanan saya. Saya selalu percaya bahawa satu hari nanti, akan ada sesuatu yang lebih besar menanti. Jadi, saya teruskan impian saya dan tidak berputus asa.

Jika pernah, apakah yang membuatkan Kabilan terus bertahan dan memilih untuk meneruskan perjalanan ini?

Yang membuatkan saya terus bertahan adalah kepercayaan pada diri sendiri dan impian saya. Saya juga mahu berjaya supaya dapat membantu ibu dan membuktikan kepada beliau bahawa sukan ini juga boleh membawa saya pergi jauh. Saya mahu buktikan bahawa segala pengorbanan selama ini tidak sia-sia.

Sejauh mana Muay Thai telah mengubah personaliti, mentaliti dan cara Kabilan menghadapi cabaran dalam kehidupan di luar gelanggang?

Muay Thai banyak mengubah diri saya, terutama dari segi mentaliti dan disiplin. Saya belajar untuk lebih sabar. Bila berdepan dengan masalah di luar gelanggang, saya cuba hadapinya seperti dalam fight tetap tenang.

GLAM LELAKI KABILAN

Siapakah individu yang paling banyak memberi sokongan dan inspirasi kepada anda sepanjang perjalanan dalam Muay Thai?

Arwah kabilan dan ibu , selalu bagi sokong Kabilan. 

Siapakah idola atau individu yang paling Kabilan kagumi dalam arena Muay Thai?

Kalau dalam arena Muay Thai, saya sangat kagum dengan Superlek dan Rodtang. Saya suka cara mereka berjuang, disiplin dan keberanian mereka dalam setiap perlawanan. Mereka juga menunjukkan bahawa itulah nilai-nilai penting untuk sampai ke tahap tertinggi. 

Artikel berkaitan: GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI

5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI

Bacaan Lanjut
fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki ikmal amry

SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.

Bacaan Lanjut