Skip to content

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia fesyen yang makin laju berubah, Nazifi Nasri memilih untuk tidak terlalu mengejar trend. Sebaliknya, dia membina identiti sendiri melalui gaya yang minimalis, moden dan dekat dengan jiwa Malaysia.

Bagi Nazifi, less is definitely more. Gayanya tidak memerlukan terlalu banyak elemen untuk mencuri perhatian. Potongan yang kemas, warna yang effortless dan penggayaan yang sesuai sudah cukup untuk menghasilkan look yang nampak polished tanpa kelihatan terlalu mencuba.

Minimalis, Tetapi Tetap Ada Statement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nazifinasri

Minimalis bukan bermaksud bosan. Itu yang menarik tentang gaya Nazifi Nasri. Dia tahu bagaimana untuk menjadikan sesuatu yang simple kelihatan elevated. Daripada penjahitan yang kemas kepada basic pieces yang diberi sedikit twist, setiap look terasa bak jenama antarabangsa. Tidak terlalu bising, namun masih mempunyai karakter.

Moden dengan Identiti Sendiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nazifinasri

Apa yang membuatkan gaya Nazifi Nasri lebih menarik ialah kebolehannya menggabungkan elemen moden tanpa kehilangan sebarang identiti. Siluet kontemporari, penggayaan yang kemas dan pemilihan aksesori yang minimal menjadikan penampilannya relevan dengan fashion crowd hari ini.

Dia juga membuktikan bahawa lelaki tidak perlu memakai sesuatu yang terlalu complicated untuk kelihatan fashionable. Kadangkala, satu blazer yang tepat, sepasang seluar yang well-cut dan keyakinan sudah cukup untuk serve a look.

Made in Malaysia, Made to Be Seen

Di sebalik estetika yang moden, ada satu perkara yang membuatkan perjalanan fesyen Nazifi Nasri lebih dekat dengan kita, identiti Malaysia.

Dalam industri yang sering melihat ke arah nama-nama antarabangsa, kehadiran figura seperti Nazifi menunjukkan bahawa bakat tempatan juga mempunyai tempat di pentas fesyen yang lebih besar. Bukan sekadar memakai sesuatu kerana ia “trending”, tetapi membawa perspektif dan identiti sendiri. Made in Malaysia bukan lagi sesuatu yang perlu disembunyikan. It is the flex.

Pautan berkaitan: 5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut

MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Bacaan Lanjut

BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut