BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
Dalam dunia lelaki moden, penampilan tidak hanya bergantung pada apa yang digayakan, tetapi turut hadir melalui bagaimana seseorang membawa dirinya. BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
GLAM Lelaki menampilkan Amirul Danial, content creator dan usahawan yang dikenali dengan personaliti serta pengaruh gaya tersendiri, bersama Pipi Razi dalam sebuah eksplorasi grooming lelaki yang menyingkap sisi berbeza seorang lelaki kontemporari.
DEFINISI GROOMING LELAKI MODEN

Grooming bukan lagi sekadar rutin untuk kelihatan kemas. Ia merupakan satu bentuk ekspresi diri. bagaimana seorang lelaki menjaga penampilan, memahami apa yang sesuai dengan dirinya dan membina keyakinan melalui perkara-perkara kecil.
Buat Amirul Danial, gaya peribadi hadir secara semula jadi. Sebagai seorang content creator, penampilan menjadi sebahagian daripada identiti yang dipersembahkan kepada khalayak. Namun di sebalik imej tersebut, grooming tetap bermula daripada asas yang sederhana. Kulit yang terjaga, rambut yang kemas dan haruman yang melengkapkan keseluruhan penampilan.
Pipi Razi pula membawa perspektif yang lebih eksperimental terhadap grooming. Dengan karakter dan gaya yang tersendiri, Pipi membuktikan bahawa penjagaan diri tidak mempunyai satu definisi khusus. Yang penting adalah bagaimana setiap lelaki menemukan rutin serta gaya yang mencerminkan personalitinya.

HARUMAN SEBAGAI IDENTITI
Dalam rangkaian BLEU DE CHANEL, haruman bukan sekadar pelengkap kepada penampilan. Ia menjadi satu lapisan terakhir yang meninggalkan kesan.


Karakter aromatiknya yang segar dan berkayu memberikan aura maskulin yang moden. Cukup terserlah tanpa kelihatan berlebihan. Ia sesuai untuk lelaki yang selesa dengan identitinya sendiri. Seorang yang bergerak mengikut caranya, namun tetap meninggalkan impresi di mana sahaja dia berada.
Bagi seorang lelaki, haruman juga boleh menjadi sesuatu yang sangat peribadi. Ada wangian yang mengingatkan kita kepada seseorang, sesuatu tempat atau satu fasa kehidupan. Justeru, memilih haruman bukan semata-mata soal trend. Tetapi tentang mencari sesuatu yang terasa dekat dengan diri sendiri.
Artikel berkaitan: LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











