Skip to content

OSCAR YUHANG: FESYEN, GAYA DAN PERSONALITI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki menampilkan Oscar Yuhang, wajah baharu yang hadir dengan gaya peribadi tersendiri. Selain minatnya terhadap fesyen, Oscar turut merupakan salah seorang pengasas 365uniform, sebuah jenama yang mengangkat gaya ringkas, selesa dan versatil. Kenali lebih dekat Oscar Yuhang dan sisi peribadinya dalam dunia fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @365uniform

1. Bagaimanakah anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah gaya anda berubah atau berkembang dari semasa ke semasa?

Sejujurnya, saya rasa susah nak gambarkan gaya saya dengan satu perkataan. Saya lebih suka pakai apa yang saya rasa selesa dan apa yang saya minat pada sesuatu ketika itu. Banyak juga inspirasi saya datang daripada pemain NBA, terutamanya gaya mereka sebelum perlawanan, cara mereka membawa diri dan juga fizikal mereka. Semuanya nampak begitu effortless.

Ketika sekolah menengah dahulu, saya pernah beli banyak seluar pendek Eric Emanuel sebab saya rasa rekaannya menarik, walaupun ketika itu gaya seluar pendek macam itu belum begitu biasa di sini. Dari segi rambut pun saya pernah cuba pelbagai gaya. Rambut lurus, kerinting, buzzcut, buzzcut berwarna, box braids dan banyak lagi. Selepas melalui semua fasa itu, sekarang saya lebih selesa dengan gaya mewah dan sukan moden yang nampak kemas, tetapi masih selesa untuk dipakai setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‍ ‍ (@oscaryuhang)

2. Bagaimanakah anda mengikuti perkembangan terkini dalam dunia fesyen dan gaya lelaki?

Sejujurnya, saya bukan jenis yang terlalu mengejar trend. Saya lebih suka pakai apa yang saya rasa selesa dan sesuai dengan diri saya. Bagi saya, kurang itu lebih. Kadang-kadang saya cari inspirasi di Pinterest atau tengok dokumentari tentang atlet yang saya kagumi.

3. Boleh kongsikan pilihan fesyen atau gaya peribadi anda untuk tahun 2026?

Saya memang suka pakaian yang ringkas tetapi masih ada karakter. Macam basic, tapi bukan terlalu basic. Saya juga sangat mementingkan pakaian yang versatil dan boleh dipakai dalam pelbagai situasi.

Itulah sebenarnya antara sebab saya bersama Syaiem dan Nelson mulakan 365uniform. Kami mahu hasilkan pakaian yang boleh dipakai untuk latihan, kemudian terus ke makan malam atau mesyuarat tanpa perlu tukar pakaian. Bagi saya, menjaga bentuk badan juga membantu kerana ia membuatkan pakaian nampak lebih kemas apabila dipakai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‍ ‍ (@oscaryuhang)

4. Boleh ceritakan tentang salah satu karya atau projek yang paling bermakna dan tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan anda?

Saya rasa Spring Weight Collection adalah antara yang paling bermakna, sebab ia merupakan koleksi pertama kami bersama 365uniform. Idea itu bermula apabila saya mahukan sehelai T-shirt yang boleh dipakai ketika bersenam, tetapi masih nampak elok selepas keluar dari gim.

Saya juga perasan banyak T-shirt sukan mudah hilang bentuk selepas beberapa kali dicuci. Jadi, kami cuba hasilkan sesuatu yang lebih tahan dan mampu mengekalkan bentuknya. Kerana itulah koleksi pertama ini sangat dekat dengan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @365uniform

5. Siapakah atau apakah yang menjadi inspirasi anda dalam menghasilkan karya dan membentuk gaya peribadi anda?

Saya banyak terinspirasi daripada orang yang mempunyai disiplin dan karakter yang kuat. Mereka yang boleh menggabungkan kecergasan, gaya, perniagaan dan kehidupan seharian tanpa nampak terlalu dibuat-buat.

Selain itu, orang di sekeliling saya juga banyak mempengaruhi diri saya. Sudah tentu, Syaiem dan Nelson sebagai rakan kongsi saya turut memainkan peranan besar. Banyak idea dan nasihat daripada mereka yang membantu membentuk apa yang saya lakukan hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @365uniform

6. Apakah yang boleh kami nantikan daripada anda untuk tahun 2026? Adakah terdapat sebarang projek atau kolaborasi menarik yang bakal hadir?

Buat masa sekarang, saya dan pasukan sedang fokus sepenuhnya untuk menyiapkan barisan produk Q4. Banyak perkara sedang dirancang di belakang tabir dan saya memang tak sabar untuk kongsikannya nanti.

Buat masa ini, kami tidak terlalu mengejar kolaborasi. Fokus kami adalah untuk memperkemaskan produk sendiri dan terus membina komuniti. Pada peringkat awal ini, saya rasa lebih penting untuk kukuhkan jenama kami terlebih dahulu.

7. Adakah terdapat jenama, pereka fesyen, jurugambar atau individu kreatif yang menjadi impian anda untuk bekerjasama pada suatu hari nanti?

Ada beberapa nama dalam fikiran saya, tapi saya simpan jawapan itu untuk masa akan datang. Buat masa ini, saya hanya mahu terus bekerja keras dan tingkatkan lagi standard jenama. Bila nilai yang kami bawa sudah selari dengan jenama-jenama yang saya kagumi, saya rasa kolaborasi itu akan berlaku dengan sendirinya.

Pautan berkaitan: KENALI TUNKU ABU BAKAR, PUTERA BONGSU YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut