Skip to content

KENALI TUNKU ABU BAKAR, PUTERA BONGSU YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

KENALI TUNKU ABU BAKAR, PUTERA BONGSU YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Pencapaian Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim bukan sekadar sebagai ahli keluarga diraja Johor, malah dalam dunia perlumbaan juga. 

Nama Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim semakin dikenali bukan sahaja sebagai ahli keluarga diraja Johor. Malah, beliau turut dikenali sebagai figura muda yang cemerlang dalam arena sukan permotoran antarabangsa. Berpersonaliti tenang, berkarisma dan penuh dedikasi. Cukup sempurna untuk menggambarkan dirinya. Tunku Putera Johor ini membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai melalui usaha, disiplin dan semangat yang tinggi. Dilahirkan dalam keluarga diraja Johor yang kaya dengan sejarah dan tradisi, beliau merupakan anakanda bongsu kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah. Sejak kecil, beliau dibesarkan dengan nilai kepimpinan, tanggungjawab serta semangat untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Bakar Ibrahim (@tunku.abu.bakar)

Hari ini, selain menggalas peranan sebagai ahli keluarga diraja dan putera kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tunku Abu Bakar turut mencipta identiti tersendiri sebagai pelumba profesional yang berjaya. Beliau telah mengharumkan nama Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa. Dengan karisma, ketekunan dan pencapaian yang mengagumkan pada usia muda, tidak hairanlah beliau menjadi antara kerabat diraja muda yang paling mendapat perhatian ramai.

Berikut merupakan lima fakta menarik mengenai Tunku Abu Bakar yang wajar anda ketahui.

1. Putera Bongsu Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah

Dilahirkan pada 30 Mei 2001 di Johor Bahru, Tunku Abu Bakar merupakan anakanda bongsu kepada DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau juga merupakan adik kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj, yang turut sama aktif dalam sukan permotoran. Tunku Abu Bakar merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik diraja dari Johor itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Bakar Ibrahim (@tunku.abu.bakar)

1 of 5

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.