Skip to content

7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

Kongsikan artikel ini

Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian menerusi pencalonan masing-masing.

Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) kembali dengan edisi istimewa sempena sambutan Jubli Perak tahun ini. Mereka sekali gus meraikan perjalanan panjang industri muzik tempatan dalam mengangkat karya serta bakat terbaik tanah air. Tahun ini, pentas AIM25 menghimpunkan barisan nama besar yang sudah lama mewarnai industri bersama generasi baharu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Lebih istimewa, edisi Jubli Perak ini turut membuka satu lagi lembaran baharu apabila malam kemuncak AIM25 diadakan di Sarawak. Kali ini, mereka memperluaskan lagi sambutan acara muzik berprestij ini di luar Semenanjung. Dengan barisan calon yang cukup pelbagai dan nama-nama besar yang bersaing dalam beberapa kategori, AIM25 pastinya menjadi antara acara muzik tempatan yang paling dinantikan tahun ini.

#1 SITI NURHALIZA — 14 PENCALONAN

Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil sebagai nama dengan jumlah pencalonan tertinggi di AIM25 apabila menerima 14 pencalonan dalam lapan kategori. Antara pencalonan utamanya ialah Vokal Wanita Terbaik menerusi Kesuma, manakala album Gema Bumantara turut dicalonkan bagi Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik. Lebih menarik, empat karya Siti iaitu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri  tersenarai dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik. Dia turut mempunyai tiga pencalonan dalam kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik menerusi Cenderamaya, Kumbang Bunga dan Jenjang Cinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

#2 AISHA RETNO — 6 PENCALONAN

Aisha Retno pula antara nama generasi baharu yang mencuri perhatian dengan enam pencalonan. Antara yang menjadi tumpuan ialah pencalonan Album Terbaik menerusi [RE.HAB]. Kehadiran Aisha dalam beberapa kategori memperlihatkan kepelbagaian karya serta penglibatannya dalam landskap muzik tempatan. Dengan pencalonan merangkumi kategori utama dan produksi muzik, AIM25 menjadi antara pentas penting untuk Aisha memperlihatkan perkembangan dirinya sebagai artis serta pencipta karya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

#3 HAEL HUSAINI — 5 PENCALONAN

Tidak asing dengan pentas AIM, Hael Husaini kembali mencuri perhatian dengan lima pencalonan. Antara karya yang mendapat pengiktirafan ialah Peluk, Alangkah Perfect, Bangkit Malaysia dan Meriah Lain Macam, yang masing-masing mewakili kategori berbeza. Pencalonan tersebut turut memperlihatkan peranan Hael bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai individu yang aktif dalam aspek penciptaan dan produksi muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

#4 MIMIFLY — 5 PENCALONAN

Mimifly turut mengumpul lima pencalonan, dengan karya-karyanya merentasi beberapa kategori berbeza. Antara yang mencuri perhatian ialah Serumpun, Temberang dan Nara, yang memperlihatkan eksplorasi Mimifly dalam aspek muzik, visual serta elemen eksperimental. Kepelbagaian kategori yang disertai juga mencerminkan pendekatan muziknya yang tidak terikat kepada satu bunyi atau genre sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMIFLY (@mimiflyyy)

#5 ALPHA — 4 PENCALONAN

Nama yang cukup segar dalam industri, ALPHA menjadi antara wakil kumpulan muzik yang mendapat perhatian apabila menerima empat pencalonan. Kehadiran mereka dalam senarai finalis AIM25 turut memperlihatkan ruang yang semakin luas untuk kumpulan generasi baharu mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Kategori Artis Baharu Terbaik, Vokal Kumpulan Terbaik, Lagu Pop Terbaik serta Rakaman Lagu Terbaik didominasi oleh mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#6 SHILA AMZAH — 3 PENCALONAN

Shila Amzah turut tersenarai antara nama yang menerima lebih daripada satu pencalonan dengan tiga pencalonan. Antaranya ialah kategori Album Terbaik menerusi Sa25, selain dua lagi pencalonan, Rakaman Album Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik yang mengukuhkan kehadirannya dalam edisi Jubli Perak AIM25. Dengan namanya yang semakin besar di China, Shila masih mengukuhkan nama sebagai penyanyi tersohor di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

#7 AINA ABDUL — 3 PENCALONAN

Aina Abdul melengkapkan senarai dengan tiga pencalonan di AIM25. Dia meraih tiga pencalonan menerusi tiga lagu berbeza dalam kategori Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25). Pencalonan ini menjadi bukti yang mengukuhkan kehadirannya dalam edisi kali ini. Antara pencalonannya ialah Lagu Perpaduan Terbaik, diikuti “Ayuh Pulang” bersama Amir Jahari untuk kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik. Sementara itu, lagu “Sesaat” pula tercalon dalam kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

AIM25 BAKAL CATAT SEJARAH DI SARAWAK

AIM25 bukan sekadar istimewa kerana edisi kali ini merupakan sambutan Jubli Perak, malah malam kemuncaknya akan berlangsung buat pertama kali di Sarawak. Sebanyak 135 calon mara ke peringkat akhir merentasi 32 kategori selepas sekitar 600 penyertaan diterima. Proses penjurian pula diketuai komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai dan diaudit secara bebas. Malam kemuncak AIM25 dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. Dengan Siti Nurhaliza mendahului jumlah pencalonan, serta kemunculan nama-nama seperti Aisha Retno, Hael Husaini, Mimifly dan Kumpulan Alpha, AIM25 pastinya menjadi antara acara muzik tempatan yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Pautan berkaitan: 5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN

AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN

Bacaan Lanjut

5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH

Bacaan Lanjut

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut

5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut