Skip to content

TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Baru sahaja meraikan hari lahir Julai lau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disahkan meninggal dunia pada umur 100 tahun.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohd, telah disahkan meninggal dunia pada umur 100 tahun. Menurut anak mereka, Tan Sri Mokhzani Mahathir, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira jam 9.25 pagi ini.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merupakan antara doktor wanita Melayu yang terawal di Malaysia. Beliau mempelajari bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura, dimana beliau bertemu bersama Tun Dr Mahathir. Beliau seterusnya menempuh kerjaya yang panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja sosial.

Siti Hasmah mengikat janji bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956. Pasangan itu mempunyai tujuh anak, dimana empat orang anak bersama dan tiga orang anak angkat. Anak mereka termasuklah aktivis sosial dan penulis Marina Mahathir dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua pasangan ini juga baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-70 Ogos lalu.

Artikel berkaitan: “JANGAN TAKUT GAGAL, JANGAN TAKUT BERUBAH” – 10 KATA TUN MAHATHIR UNTUK LELAKI YANG INGIN BERJAYA

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

bella astillah

5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI

Bacaan Lanjut

#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)

Bacaan Lanjut
kata Tun Mahathir

“JANGAN TAKUT GAGAL, JANGAN TAKUT BERUBAH” – 10 KATA TUN MAHATHIR UNTUK LELAKI YANG INGIN BERJAYA

Bacaan Lanjut