Skip to content

AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK

AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK

Kongsikan artikel ini

Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) melabuhkan tirai dengan meraikan barisan nama besar serta bakat generasi baharu yang mewarnai industri muzik tempatan.

Malam kemuncak AIM25 ini menyaksikan pelbagai karya daripada genre berbeza diberi pengiktirafan, termasuk beberapa kemenangan yang mencuri perhatian. Antara yang paling menyerlah ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membawa pulang beberapa kemenangan pada malam tersebut. Dia dinobatkan sebagai Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Kesuma, selain memenangi Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik menerusi Cenderamaya.

Lebih istimewa, Pesanan Buat Diri nyanyian Siti yang dicipta oleh Aubrey Suwito dengan lirik oleh Datuk Habsah Hassan memenangi Lagu Tradisional Terbaik sebelum turut dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25.

Anugerah Album Terbaik Jadi Milik Aisha Retno

Bintang muda Aisha Retno turut mencatat pencapaian besar apabila album [RE.HAB] dinobatkan sebagai Album Terbaik. Album terbitan Jaydi dan Seatravel itu turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik pada sesi pra anugerah. Aisha turut membawa pulang Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi O.R.B.I.T., sekali gus mengukuhkan lagi pencapaiannya pada AIM25.

Dalam kategori vokal, Arddley Nicholas dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi Sandiwara Cinta, manakala Inteam memenangi Vokal Kumpulan Terbaik menerusi Satukan Kami Di Syurga. Hael Husaini dan Nadeera pula mengungguli kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi Peluk, sementara Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi membawa pulang Kugiran Terbaik menerusi Mahkota.

Alpha, Mimifly Antara Yang Menyerlah

Kumpulan Alpha turut mencipta detik tersendiri apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik menerusi Mona Lisa (Bang Bang). Kumpulan tersebut turut memenangi Lagu Pop Terbaik menerusi P Ramlee Saloma. Sementara itu, Mimifly muncul antara nama yang paling menyerlah menerusi beberapa kemenangan. Lagu Temberang memenangi Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, selain video muzik arahan Hafiz Rashid dinobatkan sebagai Video Muzik Terbaik.

Mimifly turut memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Nara, manakala Serumpun membawa kemenangan dalam kategori Lagu Perayaan Terbaik serta Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok.

Anugerah Sri Wirama Milik Ella

Antara momen istimewa AIM25 ialah pengiktirafan buat Ratu Rock Negara, Ella, yang menerima Anugerah Sri Wirama pada edisi ke-25 anugerah berprestij tersebut. Dalam kategori lain, Faizal Tahir memenangi Lagu Rock Terbaik menerusi Bila Sampai Waktu, manakala Yonnyboii dan Malique membawa pulang Lagu Rap/Hip Hop Terbaik menerusi Tanya Tuhan.

Halim Ahmad pula memenangi Lagu Nasyid Terbaik menerusi Fitnah Akhir Zaman, sementara Marsha Milan dinobatkan sebagai pemenang Lagu Etnik Terbaik menerusi Pelangi Pasti. Bagi kategori Lagu Perpaduan Terbaik, kemenangan menjadi milik Matahari Malaya nyanyian Mc Syze dan Noh Salleh.

Selain trofi kemenangan, pemenang bagi 15 kategori AIM25 menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM50,000 setiap seorang. Pemenang kategori Album Terbaik pula menerima geran berjumlah RM200,000.

Senarai Penuh Pemenang AIM25

  1. Artis Baru Terbaik: Alpha – Mona Lisa (Bang Bang)
  2. Vokal Lelaki Terbaik: Arddley Nicholas – Sandiwara Cinta
  3. Vokal Wanita Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Kesuma
  4. Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam – Satukan Kami Di Syurga
  5. Kugiran Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi – Mahkota
  6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Hael Husaini & Nadeera – Peluk
  7. Video Muzik Terbaik: Hafiz Rashid – Temberang (Mimifly)
  8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama: Aku Bukan Narsisis – Hazama
  9. Lagu Rock Terbaik: Bila Sampai Waktu – Faizal Tahir
  10. Lagu Pop Terbaik: P Ramlee Saloma – Alpha
  11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: Tanya Tuhan – Yonnyboii & Malique
  12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: Temberang – Mimifly
  13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: O.R.B.I.T – Aisha Retno
  14. Lagu Cina Tempatan Terbaik: (Love Yourself) – Yise Loo
  15. Lagu India Tempatan Terbaik: Kadhal War – Buggimaan ft Sri Vithya
  16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik: Cenderamaya – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  17. Lagu Nasyid Terbaik: Fitnah Akhir Zaman – Halim Ahmad
  18. Lagu Etnik Terbaik: Pelangi Pasti – Marsha Milan
  19. Lagu Perpaduan Terbaik: Matahari Malaya – Mc Syze & Noh Salleh
  20. Lagu Tradisional Terbaik: Pesanan Buat Diri – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  21. Lagu Borneo Terbaik: Dayang Bintang – Mawat
  22. Album Terbaik: [RE.HAB] – Aisha Retno
  23. Lagu Terbaik: Pesanan Buat Diri – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  24. Kulit Single/Album Terbaik: Aidil Saleh – Misompuru, Marsha Milan
  25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mimifly – Nara
  26. Lagu Perayaan Terbaik: Serumpun – Mimifly
  27. Rakaman Album Terbaik: Jaydi & Seatravel – [RE.HAB], Aisha Retno
  28. Rakaman Lagu Terbaik: Koh Kok Boon – Gasoline, Akim & The Majistret
  29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim: Seni Berdamai Dengan Takdir – Naim Daniel & Adnin Roslan
  30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok: Serumpun – Mimifly
  31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama: Meriah Lain Macam – Hael Husaini & Nadeera
  32. Anugerah Sri Wirama: Ella

Pautan berkaitan: SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN

Bacaan Lanjut
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI X KAHF BEYOND VIBES: TIM TIAH, LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG USAHAWAN

GLAM LELAKI X KAHF BEYOND VIBES: TIM TIAH, LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG USAHAWAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?

Bacaan Lanjut